Papa outstation. Tgh mlm terbangun tgk ibu ‘hilang’. Rupanya dlm bilik dgn ‘kawan’. Trus aku buka semua lampu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Saya berusia 33 tahun. Saya ada 5 adik beradik dan kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing masing. Hanya saya seorang yang belum berumah tangga.

Saya mempunyai seorang tunang 5 yang tua 5 tahun dari saya. Dia duda anak 2. We dating almost for 11 years dan kami sudah mengikat tali pertunangan selama lebih 3 tahun.

For me, seriously saya dengan tunang saya tak ada masalah sebenarnya. Memang betul tunang saya banyak kali cakap pasal kahwin tapi so far alhamdulillah dia faham yang saya masih belum bersedia. Kami masing masing ada kerja tetap kami bukan jenis main main dengan kerja. Setiap hari dia akan ambil saya pergi dan balik kerja.

Kami sudah beli rumah guna nama bersama (Jangan tanya saya kenapa boleh lepas beli rumah nama bersama, padahal tak kahwin lagi. Itu rezeki kami.) pada tahun lepas untuk preparation sebelum berkahwin dan saya sendiri ada buat pinjaman peribadi khas untuk majlis perkahwinan yang saya impikan dan untuk kegunaan hidup selepas kahwin nanti.

Family saya memang ok dan sangat selesa dengan dia. Everytime family gathering or family vacation, dia sentiasa ada. Dia sangat sangat rapat dengan adik lelaki dan adik arik ipar saya yang lain.

Anak anak dia pun ok dengan saya. Dorang selalu tanya saya, “bila mummy nak kahwin dengan papa?” sebab mama dorang pun dah kahwin baru. Saya pun ok dengan anak anak dia. Semua dah besar dan pandai bawak diri masing masing. Bab family memang tak ada masalah.

Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin? Mana mana saya pergi, orang akan tanya benda yang sama. Kenapa kau tak kahwin kahwin? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin??

Sebelum bertunang saya ambik masa hampir setahun untuk bersetuju dengan pertunangan tersebut. Itu pun sebab desakan family dia dan family saya. Tipulah saya cakap saya tak teringin nak berumah tangga. Saya nak kahwin, saya nak sangat ada anak sendiri. Lagi lagi saya dah nak masuk middle 30s, perasaan nak ada anak sendiri membuak buak.

Tapi time saya fikir jelah saya nak semua tu. Bila kembali di dunia yang nyata, saya just geleng kepala jelah. Saya memang selalu set dalam kepala, “kalau aku nak selamat, aku tak boleh kahwin” dan saya paksa diri saya supaya tak fikir benda ni sangat.

KENAPA SAYA TAK NAK KAHWIN?? KENAPA SAYA TAKUT SANGAT NAK KAHWIN??

Sebab saya nampak kecurangan ibu saya dengan mata saya sendiri. Nothing break a child’s heart more than finding out one of his/her parent cheating on their partner. Especially when you are too young and you found out about it by yourself. The impact/effect kekal sampai mti. Macam saya selalu cakap “permanent scratches mark”.

Saya hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat sangat bila dapat tahu ibu buat macam tu kat aruwah papa.

Aruwah papa sangat penyayang. Dia tegas tapi dia open minded dengan anak anak. Masalahnya papa sangat sangat murah hati. Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain which is saya faham kenapa ibu saya fed up.

Hidup kami sendiri pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang tapi dia tetap akan tolong orang sebab papa jenis tak sampai hati. Papa rajin kerja. Bila ingat balik hal lama lama macam ni, autom4tically air mata saya jatuh.

Ibu pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Kami pindah KL sehelai sepinggang. Sebagai anak sulung, masa kecil saya, saya puas melihat kesusahan ibu dengan papa. I saw my papa exhausted physically and my ibu exhausted mentally/em0tionally.

Suatu malam saya terjaga dari tidur sebab saya terdengar orang berbual. Rupanya ibu tengah berborak dengan “kawan” dalam phone. Waktu tu papa out station, normally bila papa out station, kami 5 beradik akan tidur dengan ibu. Saya tak boleh tidur dan saya dengar segala perbualan mereka.

Disitulah saya dapat tahu yang ibu telah menduakan aruwah papa dan bermulalah episode b3nci yang mendalam terhadap ibu saya. Saya jadi degil dan melawan cakap ibu tapi bila papa cakap, saya dengar. Masa tu bila tengok muka papa, rasa sed1h sangat sangat.

Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebelah papa jugak. So sebab tu “kawan” tu selalu ada dirumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, saya akan buat muka, memang saya sengaja tunjuk yang saya tak suka dia.

So satu hari tu aruwah papa kena out station. Saya memang tak sedap hati. Malam tu saya cuba tidur macam biasa, entah macam mana saya terjaga tengah malam. Saya tengok adik adik saya je yang ada. Ibu saya tiada dalam bilik.

Hati saya berdebar debar sangat. Saya keluar bilik, pergi ke ruang tamu, tak ada orang tapi bantal dengan tilam ada. Selalunya “kawan” tu tidur kat ruang tamu sebab rumah ada 2 bilik je.

Saya pergi ke bilik kami adik beradik, tak boleh buka dan tertutup rapat. Saya dah mula men4ngis, saya harap sangat ibu tak buat apa yang saya tengah fikir. Saya buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Saya pergi ruang tamu, saya pasang TV kuat kuat (Saya 14 tahun, what do you expect? itu jelah cara budak budak member0ntak.. hahaha).

Masa saya duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tiba tiba ibu keluar bilik, dia tanya kenapa saya tak tidur?. Saya cuma cakap saya tunggu dia balik sebab saya ingat dia keluar. Ibu senyum kat saya dan ibu cuma cakap dia kat dalam bilik air. Rumah tu ada 1 je bilik air, saya siap buka lampu bilik air.

TAPI KENAPA SAYA TRAUm4tiZE DENGAN PERKATAAN KAHWIN??

Sebab saya nampak aruwah papa men4ngis. Sebab saya nampak papa very frustrated. Sebab saya nampak papa yang saya ingat kuat tiba tiba jadi sangat lemah. Sampai hati ibu buat airmata papa jatuh. 1 malam papa men4ngis, tanpa saya sedar, saya pun turut men4ngis.

Saya ada kakak sepupu yang tahu segala rahsia ibu. Itupun sebab ibu selalu minta tolong dia. For example tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu dan waktu itu ibu selalu suruh kakak sepupu saya beli card phone (seingat saya kalau nak call guna phone rumah, kena guna card tu untuk dapat harga lagi murah, so ibu selalu sangat beli card tu). So everything related “kawan” tu, ibu akan minta tolong kakak sepupu saya.

Entah macam mana satu hari tu, ibu berg4duh besar dengan kakak sepupu saya. Depan aruwah papa, kakak sepupu bagitahu yang ibu ada skandal lain. Allah je tahu macam mana terkejut dan takutnya saya masa tu. Papa tanya cara baik, ibu mengaku.

Malam tu, papa tak boleh tidur. Dia duduk dalam bilik kami, main komputer. Dia men4ngis, bila tengok dia men4ngis, saya pun autom4tically menangis juga. Raut wajah dia sangat sangat kec3wa. Masa tu saya harap sangat ibu dengan papa bercerrai. Andai kata mereka berpisah, sudah tentu saya akan ikut papa.

Keesokan paginya, papa hantar saya dengan adik adik pergi sekolah macam biasa. For one whole day, saya tak focus dengan kawan kawan, saya cuma nak balik tengok papa. Balik sekolah papa ambik macam biasa.

Saya tengok ibu dengan papa berkelakuan seperti biasa. Akhirnya saya dapat tahu yang papa tak nak fikir panjang. Dia ambil keputusan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan ibu dan ibu janji tak buat lagi.

Papa kata demi anak anak, sebab kesian anak anak masih kecik katanya. Terus terang cakap saya tak setuju keputusan papa (sampai hari ni, aku benci bila perempuan yang dicur4ngi masih bersama suami atas alasan anak masih kecil). Dengan apa yang terjadi, kami meneruskan hidup seperti biasa kembali. “Kawan” tu pun dah lama tak nampak.

Aruwah papa men1ngg4l semasa saya berusia 18 tahun. Selepas papa men1ngg4l, ibu semakin berani menunjuk yang dia sedang hangat bercinta dengan “kawan” tu.

Satu hari ibu bertanya kepada kami 5 beradik, “boleh tak kalau ibu nak kahwin baru?”. Surprisingly, semua adik adik saya setuju kecuali saya. Saya cuma bagi kata, “Ibu boleh kahwin baru tapi dengan 1 syarat, kakak akan keluar rumah selama lama nya.”

Ibu batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan saya. Dia tahu saya tak suka dia. Sehingga hari ini saya tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact saya dan bertanya khabar.

Saya sentiasa lebihkan adik beradik saya. Semua harta, EPF, Insurans saya letak ke semua nama adik adik saya dan tak ada satu pun harta saya atas nama ibu saya. Saya boleh beli emas untuk anak anak buah saya tapi saya tak pernah beli seketul emas pun untuk ibu saya.

Saya tahu saya berd0sa sebab buat ibu yang mengandungkan saya 9 bulan macam tu tapi perasaan benci saya sudah tersemat dihati. Satu je cara saya berbakti kepada ibu, setiap kali dia admit h0sp1tal, saya akan ambil cuti seminggu dua hanya untuk menjaganya. Saya tak izinkan adik adik saya menjaga nya kerana saya tahu ini sahaja peluang yang saya ada.

“Kawan” tu hidup lagi. Dah terlalu lama saya tak jumpa dia. Sehingga hari ini saya tak jejak kaki kerumah nenek di kampung. Saya benci keluarga papa saya. Sehingga sekarang saya tak bertegur sapa dengan sesiapa yang ada related dengan family papa.

Semenjak aruwah papa men1ngg4l dunia, dari umur saya 21 tahun hingga sekarang 33 tahun, setiap tahun saya akan pulang ke kampung untuk menziarahi kubur aruwah papa.

Setiap kali pergi, saya akan menangis mengenangkan nasib papa. Mulut saya tak lekang menyebut “sampai hati ibu buat papa macam ni”. Demi Allah aku sayang papa lebih dari nyawaku sendiri.

Buat cinta hati saya papa, terima kasih sebab banyak berkorban untuk kakak dengan adik adik. Maaf papa tak sempat rasa duit kakak, kakak tak sempat balas budi papa. Tapi percayalah setiap kali solat, nama papa lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn..

Kepada adik arik kesayangan kakak, kakak doakan rumah tangga korang kekal sampai bila bila. Cuma kakak nak tanya, kenapa korang cepat move on dengan apa yang dah berlaku? Korang tak rasa marah ke dengan apa dah berlaku??

Buat tunang tersayang, terima kasih sebab bagi masa 11 tahun untuk saya. Saya cuma minta masa setahun je lagi. Saya janji ini kali terakhir saya tangguh perkahwinan kita. Saya akan cuba kuakan diri untuk meneruskan perancangan kahwin kita.

Kepada ibu, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin. Sebab kakak takut kakak akan jadi macam ibu. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betrayed macam papa. Mum, i really cant handle betrayal.

Thank you.

Reaksi warganet

Zy Ismail –

Move on sis. For the sake of your future and your mother. Dendam berpanjangan hanya akan merosakkan diri you. Bila umur you makin meningkat, you surely akan makin matang. You akan lebih bersikap rasional dan perceive kesilapan ibu you dengan cara berbeza.

Maafkan ibu, itu yang lebih baik. Jalani hidup berpegang kuat kepada agama, Al quran dan sunnah. Insya Allah hati you akan kembali pulih.

Sue Aya –

Maaf itu eksklusif. Tak boleh dipaksa dan dibuat buat. Semua orang boleh cakap apa saja, hakikatnya hati sendiri yang menanggung trauma. Cuma jangan terhukvm sekali orang yang tak terlibat dengan kecurangan ibu. Awak dan tunang deserved to be happy.

Norsilawati Jaminam –

Move on je, aruwah papa ko pun boleh maafkan kesilapan ibu ko tu. Ko mungkin boleh cuba bercakap dengan ibu ko secara dewasa. Luahkan semuanya.

Aku rasa ibu ko pun rasa bersalah sangat dengan ko sebab bila ko tak kasi dia kawen dulu dia ikut je. Walaupun batin dia tersiksa. Ye, dia buat salah dengan papa ko. Tapi tu urusan ibu dan papa ko.

Aruwah papa ko pun dah maafkan ibu ko. Lepaskan dendam tu, makin ko simpan makin s4kit hati ko. Belajar memaafkan, jadikan ikhtibar. Jangan ulangi kesilapan ibu ko. Jadi isteri yang baik untuk tunang ko.

Buat ape siksa tunang ko lama lama. Kalau betul ko tak nak kawen lepaskan dia. Biar dia cari orang lain. Pasal ko trauma dan takut pasangan ko curang tu kite sebagai manusia tak boleh buat ape.

Kite tak boleh kawal orang lain. Doa je minta dipermudahkan perjalanan hidup kite ni. Dijauhkan daripada hasutan syaiitan yang menyesatkan. bu4ng semua amarah dalam diri. Insyaallah baru hati tu tenang..

Ariana Arissa –

Berdendam bukanlah satu perasaan yang baik sis. Belajar lah memaafkan. Cuba baca komen komen murni di sini. Mungkin sukar untuk sis, tetapi itulah ujian sis.

Allah hadirkan ujian itu, untuk didik hati sis, belajar memaafkan kesilapan orang dan menyayangi mereka dengan kasih sayang yang sewajarnya.

Bersihkan hati sis. Ingatlah, dunia ni sementara sahaja, usahlah dibiarkan setiap detik dimamah perasaan dendam itu. Percayalah, nanti awak akak menyesal seandainya awk tak ubati perasaan itu.

Qla Adnan –

Kepada awak, sejahat mana ibu kita tugas kita sebagai anak kena terima seadanya. Hilangkan sifat rasa benci dendam dalam diri, semua manusia tak terlepas dari kesilapan termasuklah ibu bapa kita.

Kalau dia pentingkan diri dia akan kahwin baru tapi dia tak kahwin pun bermakna dia lebih pilihkan anak anak dari perasaan dia. Berbaiklah dengan ibu awak balik jangan lah layan dia seperti musuh, tiada dia tiada lah awak didunia. Berbaik dan berbakti laa selagi dia masih ada.

Utin Mardiana –

DENDAM yang merosakkan diri sendiri. Kau fikir hati kau je kan s4kit hati tak nak maafkan kecurangan perhubungan ibubapa. Tak kesian kat tunang tu. Terpulanglah nak terus berdendam atau nak bahagia dengan orang yang sedia ada baik.

Kesian juga kat ibu tu. Mungkin dulu dia hampir berziina ke malam tu. Kemudian dia betul betul bertaubat taknak curang dan ayah pun dah memaafkan kecurangan tu. Dia dah tua kesunyian nak berpasangan pun dihalang oleh anak yang memberontak keras hati tak boleh bagi kemaafan.

Sumber – Gametophia Lady (Bukan nama sebenar) via IIUMC

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.two.e-kesah.com