Biar Betul! Bekas Penyampai Berita TV3 Ini Tak Tahu Hans Isaac Seorang Pelakon

Masih adakah rakyat Malaysia yang tidak mengenali siapa Datuk Hans Isaac? Walaupun beliau kini bergelar seorang penerbit, juruacara, penulis serta pengarah TV dan filem Malaysia, tetapi pada awal kemunculannya dalam industri hiburan, beliau adalah  seorang aktor.

Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1995, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga. Pada 1997, beliau berlakon di samping Ratu Rock negara, Ella dalam filem Hanya Kawan arahan Harith Iskander.

Penyampai Berita TV3 Tak Tahu Hans Isaac Seorang Pelakon?

Namun siapa sangka, ada juga individu yang boleh digelar sebagai public figure tidak mengenali Hans sebagai seorang pelakon. Biar betul? Rasanya individu ini seangkatan dengan Hans dalam industri hiburan. Malah dahulu dia pernah menjadi pengacara untuk Anugerah Juara Lagu, jadi tak mungkin tidak mengenali Hans sebagai seorang aktor.

Menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh Hans di Instagram, seorang bekas penyampai berita TV3 men1ngg4lkan komen begini;

Tersentak dengan komen tersebut, Hans terus membalasnya dengan penuh makna tersirat.

“Idea yang baik bro. Mungkin suatu hari saya dapat memenangi lebih dari 20 anugerah dan memimpin dalam lebih 40 filem dan 500 lebih dari rancangan TV. Seandainya saya bernasib baik!”- tulisnya dengan nada yang dianggap sarkastik.

Salah seorang pengikut lain membalas komen dengan memberitatahu bahawa Hans sememangnya seorang pelakon.

“Dia memang seorang pelakon”- tulis salah seorang pengikut.

“Noooooo. Apa yang pernah dia berlakon? mungkin ada yang saya perlu lihat?”- jawabnya semula.

Pelik, adakah ini merupakan satu sindiran atau benar-benar tidak tahu? Untuk rekod, Hans pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 dalam kategori Artis Bukan Melayu Popular. Malah di Festival Filem Malaysia ke-19, dia memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my