K4ntoi Ada Hubungan Svlit Dengan Amitabh, Jaya Bachchan Tamp4r Rekha!

Pelakon veteran Rekha kembali menjadi perhatian ramai apabila mula membuka kisah cinta lamanya dengan suami orang.

Rekha, 66, seakan-akan memberikan lampu hijau kepada hos rancangan Indian Idol baru-baru ini untuk berbicara lebih lanjut mengenai kisah cintanya terdahulu.

Justeru, ramai yang mengaitkan kisah itu dengan percintaan terlarangnya bersama aktor Amitabh Bachchan sekitar 40 tahun lalu.

Amitabh dan Rekha menjadi sangat rapat selepas membintangi filem Do Anjaane pada 1976 dan pernah melakonkan adegan asmara bersama.

Ketika itu, peminat mahukan kedua-duanya disatukan biarpun pada hakikatnya Amitabh sudah berkahwin dengan Jaya.

Tekanan semakin memuncak apabila Jaya gagal menghalang hubungan mereka dan memaksa penerbit filem Ram Balram untuk menggvgvrkan nama Rekha.

Usahanya masih gagal! Ketika penggambaran bermula, Jaya muncul di set penggambaran dan mendapati suaminya sedang berbisik-bisik dengan Rekha.

Tanpa ragu-ragu, Jaya hilang pertimbangan dan men4mpar Rekha di hadapan Amitabh dan kru produksi filem ketika itu.

Menerusi pended4han Rekha bersama Bollywood Shaadis, pelakon itu memberikan bayangan bahawa dia benar-benar mencintai Amitabh.

“Mengapa dia tidak jujur kepada publik? Adakah untuk melindungi nama baiknya, keluarganya dan anak-anaknya?” getusnya.

Rekha pernah berkahwin dengan seorang usahawan, Mukesh Aggarwal pada 4 Mach 1990 namun suaminya yang berdepan g4ngguan kesihatan mental telah membunuh diri selepas beberapa bulan berkahwin. Sumber: Bollywoodlife.com, Khaleej Times, Bollywood Shaadi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://gempak.com/

 

 

 

 

 

Be the first to comment on "K4ntoi Ada Hubungan Svlit Dengan Amitabh, Jaya Bachchan Tamp4r Rekha!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*