K3s Sam4n Balu Abam Bocey Bermula- Ali Puteh Dedah Perkara Sebenar Buat Ramai Terkedu

Kemelut antara Ali Puteh dan balu Abam, Nor Hidayah memasuki fasa baharu apabila kes s4man antara mereka berdua mula didengar di m4hk4mah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes berkenaan sudah didengar di depan hakim melalui prosedur dalam talian pada 16 dan 17 Februari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official)

Foto: IG

“Sepatutnya kes tersebut didengari pada September tahun lalu namun terpaksa ditunda untuk beberapa kali disebabkan PKP. Alhamdulillah kes sam4n melibatkan tiga pihak sudah mula didengari pada 16 dan 17 Februari lalu secara online.

“Saya pun tak boleh nak kongsi lebih sebab kes ini masih berjalan dan Insya-Allah pada 17,18,19 dan 29 Mac depan akan ada perbicaraan selanjutnya,” katanya kepada mStar.

Ali Puteh telah mengeluarkan sama4n terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos lepas.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Ia merupakan tindakan balas terhadap Nor Hidayah terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Di Instagram, Ali meluahkan rasa lega apabila proses undang-undang itu akhirnya bermula.

“Alhamdulillah, kes pun dah bermula di m4hk4mah. Sam4n meny4man pun dah mula dibahas. Mantap! Pepatah ada mengatakan sarang tebuan jangan dijolok. Hint sikit sajalah pada netizen semua yang banyak mem4ki h4mun saya.

“Insya-Allah lepas ini anda akan terdiam dan tersipu-sipu malu memikirkan makian anda pada saya. Allah tu Maha Mendengar, Maha Adil. Buat baik dibalas baik. Best pertama kali naik m4hk4mah.

“Gelak dan senyum melihat gelagat masing-masing. Jangan dibiar maruah keluarga dipijak-pijak. Demi mu wahai abang Abam Bocey, semoga dipermudahkan urusan f1itnah ini. Berani kerana benar,” tulisnya di kapsyen.

Malah Ali juga menjelaskan kepada netizen yang meuduhnya sengaja tak hadir ke  m4hk4mah Rendah Syariah Shah Alam ketika sebutan kes tuntutan faraid pada 10 September tahun lepas.

“Status yang saya muat naik itu ditujukan kepada netizen yang pernah m4ki dan tuduh saya penakut nak hadir ke m4hk4mah untuk kes tuntutan faraid.

“Jadi di sini nak jelaskan saya tidak hadir pada waktu itu sebab ia bukan kes atas nama saya. Bahagian faraid itu tak ada kena mengena dengan saya, jadi kenapa saya perlu hadir.

“Yang buat saya marah… netizen yang tak tahu perkara sebenar, mereka m4ki dan tuduh saya macam-macam. Untuk kes saman melibatkan saya, sudah tentulah saya akan hadir.” 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber :-CARI