Aku ada bisnes sendiri hampir 5 tahun. Tapi makin lama aku jadi mal4s dan bos4n. Bisnes aku mula kuc4r k4cir

Assalamualaikum, hi semua. Aku perempuan, baru genap 30 tahun dan masih single.

Sejak 8 bulan ni hidup aku mula kuc4r k4cir. Apa saja aku buat semuanya serba tak kena.

Aku tak happy, kadang2 rasa tak bahagia, seolah-olah ada je benda yang tak kena.

Setiap petang lepas asar mesti akan ada perasaan sunyi dalam diri aku.

Sunyi seolah-olah aku rindukan kehidupan aku waktu kecil, rindukan arw4h ibu aku,

Aku muak dengan bisnes aku, aku muak nak layan client. Aku tak tahu apa sebenarnya aku nak.

Bila aku tengok orang lain yang berjaya, hari2 update pasal bisnes dorang, aku jadi sentap.

Aku pun nak jadi macam dorang, dan aku pun ada bisnes jugak. Tapi kenapa aku tak mampu lagi nak fokus pada bisnes aku? Aku pelik. Apa aku nak ni?

Jujur cakap, aku mula solat semula lepas ibu aku men1ngg4l, dan jujur jugak cakap yang aku tak reti solat.

Aku belajar sendiri, beli buku solat, bukak youtube dan google.

Aku takde kawan, terpaksa bodek orang untuk jadi kawan aku, tapi tak lama.

Dorang berkawan sekejap2 je dengan aku. Bila ada sorang dua yang bagi perhatian nak berkawan dengan aku, serius cakap aku memang happy sangat.

Tapi last2 aku ni ibarat tempat persinggahan je.

Aku lost teruk, aku dah abai solat. Aku buat perangai dekat asrama, aku jadi pelajar yang sukar ditegur sebab hati aku jadi keras.

Bila aku buat perangai, takde orang nak dekat dan berkawan dengan aku, aku tak kisah pun,

bila buat perangai baik tetap dorang tak berkawan dengan aku, so untuk apa aku tunjuk perangai baik?

Lepas ibu men1ngg4l, aku rasa nak solat, aku nak doakan ibu aku. Dan aku mula solat tapi on off.

Walaupun aku nak sangat solat penuh 5 waktu tapi aku gagal. Sampai sekarang aku masih gagal nak dapat 5 waktu.

Selalunya 2 dan paling banyak adalah 4, selalu aku tinggal solat subuh dan asar. Paling banyak adalah subuh.

Aku sedih, aku nak solat penuh, nak dapat keberkatan dalam apa jua yang aku buat, dan aku cuba nak solat sepenuhnya tapi tetap jugak aku gagal.

Aku selalu berdoa, moga Allah kuatkan hati aku, kuatkan iman aku supaya aku dapat solat 5 waktu penuh. Tapi gagal, dan masih gagal.

Ujian dan dugaan semua orang tak sama. Aku tak tahu apa aku nak minta dari korang,

cuma harap korang doakan aku agar aku dapat solat penuh 5 waktu dan moga aku berjaya jadi manusia yang berjaya dari segala segi. Terima kasih.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://kuasaviral.com/