Gadis ambil anak angkat, sanggup makan p1l untuk menyvsu

Kehadiran cahaya mata adalah sesuatu yang sangat dinantikan bagi pasangan suami isteri bagi melengkapkan kehidupan berumah tangga.

Namun, berbeza pula dengan wanita ini yang membuat keputusan untuk mengambil anak angkat meskipun belum berkahwin.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aminahtul Mardiah berkongsi pengalamannya memelihara anak angkat yang diberi nama Eusoff yang kini berusia lapan tahun.

Menurut Aminahtul, keputusan memelihara Eusoff adalah satu keputusan yang bijak kerana mampu memberi kebahagian buat hidupnya.

“Ramai tanya ibu kenapa ambil awak? Belum kahwin tapi nak jaga baby. Belum kahwin tapi sanggup ambil p1l, ambil sunt1kan untuk susukan awak.

“Ibu tak kisah apa orang nak cakap, sebab ibu tahu, awak cinta hati ibu,” luahnya.

@aminahtulmarrdiah

Adoption. This is the best decision in my life. ##adoption ##foryou ##tiktokmalaysia ##ibu

♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli – 𝓐𝓭𝓪𝓷

Selain itu, kehadiran Eusoff telah menjadikan dirinya semakin bersemangat dan tenang meskipun sedang menghadapi pelbagai cabaran dunia.

Perkongsian Aminah itu telah dibanjiri komen-komen yang positif daripada netizen  yang memuji kekuatan dan kegigihannya menjaga anak angkat.

Rata-rata mereka turut menjadikan gadis tersebut insprisi dalam kehidupan untuk turut sama menjaga anak angkat pada masa hadapan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://cempedakcheese.com/