P0lis bvru influencer rentas negeri, hadir kenduri rakan di Kelantan

KOTA BHARU – p0lis Kelantan sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai mel4ngg4r prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka di sini baru-baru ini.

Ketua p0lis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan semakan menerusi paparan di Instagram, terdapat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh individu tersebut menunjukkan rakannya mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keadaan itu sekali gus mempersoalkan mengenai pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram apabila beberapa orang ‘influencer’ memuat naik foto dan video perjalanan merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negara ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya dipercayai hujung minggu lalu.

Mereka turut berkongsi gambar majlis perkahwinan rakan dan bersantai-santai di tepi pantai.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, p0lis juga telah menerima laporan berkaitan perkara itu petang semalam.

Katanya, p0lis sedang mengesan individu yang terlibat dan k3s disi4sat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t (Langkah-Langkah dalam kawasan tempatan j4ngk1tan)(Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.3) 2021.-K! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :