Bakal Buka Kafe Dalam Masa Terdekat, Shuk Sahar Cari Pekerja Di Wangsa Maju

Pengacara dan pelawak, Shuk Sahar menerusi Instagram petang tadi mengumumkan yang dia sedang dalam perancangan membuka sebuah kafe berasaskan minuman yang diberi nama Semooth Cafe.

Meskipun tidak memaklumkan sebarang tarikh, kafe berkenaan yang terletak di Seksyen 10 ,Wangsa Maju bagaimanapun dijangka siap dalam masa terdekat.

InsyaAllah coming soon..

“Insyaallah coming soon gaiss…semoga dipermudahkan….” tulis Shuk ringkas.

Mencari pengurus kafe

Justeru bagi memudahkan urusan pembukaan Semooth Cafe disana, Shuk difahamkan sedang mencari seorang pengurus bagi cawangan tersebut.

“Kami sedang mencari pengurus yang berkelayakan untuk menyertai kami ” tulis kenyataan tersebut.

Jadi buat anda yang berpengalaman luas dalam bidang F&B dan sedang mencari pekerjaan di sekitar Wangsa Maju, mungkin ini peluang anda untuk mencuba nasib. Mana tahu terpilih bukan?

 Hantarkan resume anda ke  upairmanagement@gmail.com atau ke nombor 019-9054909 .

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑯𝒐𝒕𝑭𝑴 𝑫𝑱 𝑨𝒏𝒏𝒐𝒖𝒏𝒄𝒆𝒓 (@shuk_hotfm)

Apa-apa-pun tahniah kami ucapkan kepada Shuk! Semoga semua urusan perniagaannya dipermudahkan!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Buzzkini