Tidak mahu tangguh lagi, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah pilih 21 Mac untuk diijab kabul

TEKA-TEKI mengenai tarikh pernikahan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel dan pasangannya, Atta Halilintar akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan 21 Mac depan sebagai hari bahagia mereka.

Memetik laporan Liputan6, Atta menjelaskan dia memilih untuk mengadakan majlis pernikahan pada tarikh tersebut kerana tidak mahu menangguhkan lagi perkara yang baik.

“Bagi saya, kenapa nak bernikah sekarang…. sebab lagi lambat, lagi banyak sy4itan yang mengg4nggu. Kalau ditangguh terlalu lama pun, tidak bagus. Lagipun, ibu bapa saya pun tidak pernah ajar bercinta terlalu lama.

“Walaupun sudah bertunang, tapi yang penting kan bernikah. Jadi, kalau lambat-lambat nanti ia akan mengecewakan orang tua saya,” kata Atta.

Dalam pada itu, Aurel memberitahu mereka hanya akan mengadakan majlis pernikahan terlebih dahulu manakala resepsi akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya.

Pada tahun lalu, Aurel memberitahu dia sudah melakukan persiapan perkahwinan yang akan diadakan pada tahun ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar