Kisah Sed1ih Pengakhiran P. Ramlee Yang Ramai Tak Tahu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

HAKIKAT SEORG ANAK SENI .SEDIH PENGAKHIRANNYA .

Oh P. Ramlee : PADA penghujung kariernya, P. Ramlee telah dijemput ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk ‘Konsert 3 Ramlee’ yang menggabungkan beliau, A. Ramlee dan L. Ramlie.

Bila tiba gilirannya menyanyi, penonton beramai-ramai telah ‘boo’ beliau yang ketika itu baru hendak membuat persembahan di pentas utama.

Pada tahun 1968, syarikat rakaman EMI yang banyak mengaut keuntungan daripada nyanyiannya bertindak MENAMATKAN kontraknya. Muka P. Ramlee merah padam apabila Mr. Devan (EMI) memberitahu beliau yang lagunya orang dah tak boleh terima dan suaranya dah tidak digemari. P. Ramlee selepas itu bersumpah tidak akan lagi bekerjasama dengan syarikat tersebut yang selama ini membuat kekayaan dari lagu-lagunya.

Pengeluar filem Shaw Brothers yang kaya-raya hasil karya Allahyarham juga telah mengeluarkan satu surat yang KONTRAK P. RAMLEE TAK AKAN DISAMBUNG LAGI.

Tahun 1972-1973 adalah tahun yang paling sedih buat P. Ramlee kerana dia langsung takda sumber pendapatan, tiada show, tiada tawaran mengarah/ berlakon filem etc sehingga beliau dan isteri Saloma terpaksa mengambil upah dengan menyanyi di kenduri kahwin dan jadi hakim pertandingan nyanyian. Bila P. Ramlee nak buat filem warna ketika itu, semua bank menolak permohonannya untuk meminjam wang.

Malah RTM juga tidak menawarkan sebarang peluang untuk dia buat show/ menyanyi…bila arw4h pergi ke sana untuk menemani isteri Saloma buat program, P. Ramlee hanya duduk di kantin sahaja. Dalam kunjungan terakhirnya ke Singapura untuk Pesta Filem Asia Pasifik, P. Ramlee yang ketika itu dicalonkan untuk filem Laksamana Do Re Mi, telah masuk ke dewan. Tiada siapa pun delegasi dari Malaysia yang pelawa beliau untuk duduk sekali dengan mereka…akhirnya dia cari sendiri kerusi dan duduk dengan delegasi Singapura, di belakang Aziz Sattar. ” Yam, orang dah tak peduli saya, karier saya pun orang dah tak suka…saya dah tua. Cita-cita saya nak jadikan filem Melayu lebih maju telah gagal, saya kecewa,” katanya pada iparnya, Maryam.

P. Ramlee mengalami masalah kewangan yang sangat teruk sampai hanya makan nasi dengan telur… Sebelum subuh 29 Mei 1973, P. Ramlee diser4ng sa.kit ja.ntung di rumahnya dalam usia 44 tahun dan menin.ggal dunia…Al-Fatihah.

(petikan dari P. Ramlee | History Channel Documentary)

Kredit Ismail Mael

Mengapa Tan Sri P. Ramlee bvta.kan watak Kassim Selamat?

Sama ada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi.

Bagi peminat filem Melayu, sudah tentu tahu kisah Kassim Selamat dalam filem popularnya, Ibu Mertuaku yang mengusik emosi penonton.

Lakonan hebat P. Ramlee membawakan watak utama itu diiktiraf sebagai pemenang anugerah Bakat Serba Boleh pada Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.

Namun, di sebalik kisah Kassim Selamat sebagai pemain saksofon yang handal, ia juga merujuk pada kisah benar bapa P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.

Menurut kisah yang dikongsi Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik di Facebook, bapa P. Ramlee itu seringkali bersed1h dan men4ngis selepas anaknya itu men1ngg4lkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948.

Meskipun, bapanya merestui hasrat P. Ramlee yang mahu mengejar cita-citanya, jiwa seorang bapa tetap merindui anaknya sehingga matanya menjadi bvta.

Lebih menyed1hkan, bapanya itu pernah meminta rakan membawanya ke pawagam untuk menonton filem lakonan P. Ramlee biarpun hanya mampu mendengar suara.

P. Ramlee tidak berk3sempatan pulang ke Pulau Pinang kerana sibuk dengan jadual kerja. Bagaimanapun, dua beranak itu bertemu semula lima tahun kemudian.

Sebagaimana kisah benar hidupnya itu, P. Ramlee menterjemahkannya ke layar perak sebagai teladan buat penonton. Al-fatihah.

Namun, di sebalik kisah Kassim Selamat sebagai pemain saksofon yang handal, ia juga merujuk pada kisah benar bapa P. Ramlee sendiri, Teuku Nyak Puteh Teuku Karim.

“Kalaulah arw4h P. Ramlee masih ada…”

SUDAH lebih empat dekad beliau pulang bertemu Yang Maha Esa.

Sebilangan besar daripada kita tidak pernah mengenalinya secara peribadi, sebaliknya hanya karya-karya seni mendekatkan kita dengan empunya diri.

Luar biasa seniman ini ialah kerana kebijaksanannya berbicara dengan masyarakat menerusi lagu dan filem.

Idea dan falsafah seninya jauh melangkaui masa. Sekitar 50 hingga 60 tahun lalu, beliau menempa kemasyhuran ketika dunia tidak memiliki apa-apa teknologi moden.

Sekalipun dalam pelbagai keterbatasan, namun Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memberi pemahaman yang jauh daripada apa yang khalayak fikirkan mengenai seni dan kehidupan.

P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teku Nyak Puteh adalah wajah bangsa Malaysia yang diibarat satu dalam sejuta.

Hari ini sekiranya P. Ramlee masih ada, usia P. Ramlee genap 90 tahun. Allahyarham yang dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang berhijrah ke Singapura ketika usia muda kerana mahu bergelar seorang anak seni.

Di Singapura, P. Ramlee menyerahkan seluruh kehidupannya pada dunia seni dan studio Jalan Ampas merupakan gelanggang permainannya.

Daripada seorang yang tidak punya apa-apa, P. Ramlee bangkit membina kehidupan sebagai seorang seniman handalan.

Dengan segala khazanah seni yang ditinggalkan buat masyarakat, cuba bersikap jujur pada diri sendiri, setuju atau tidak bahawa ingatan kepada P. Ramlee hanya muncul sekali-sekala?

Dan apakah apresiasi kita terhadap legenda kebanggaan negara ini sekadar apresiasi di mulut semata-mata?

Kepada wartawan dan pemikir filem Melayu, Ku Seman Ku Hussain, sekiranya P. Ramlee masih ada, Allahyarham akan mengalami nasib sama dengan sekian banyak seniman dan pemikir

Melayu hebat yang pernah dimiliki negara.

Ku Seman menjangkakan, P. Ramlee tidak akan mendapat pengiktirafan begitu tinggi sama ada oleh kerajaan atau masyarakat.

Apa yang dik3salkan Ku Seman ialah, pemikiran P. Ramlee tidak diselongkar habis dan Allahyarham hanyalah jenama budaya media.

“P. Ramlee tidak diselongkar pemikirannya terhadap sosial semasa (ketika karya dihasilkan) terutama karya-karya masterpiece seperti Semerah Padi dan Antara Dua Darjat.

“P. Ramlee sebenarnya hanya popular apabila jenamanya ditonjokan oleh media tetapi beliau tidak berjaya menarik generasi muda khususnya yang lahir selepas kepulangannya untuk menghayati karya-karyanya.

“Yang berlaku sekarang P Ramlee diminati secara melulu tetapi karyanya tidak dihayati atau diberi apresiasi,” kata Ku Seman berkongsi pandangannya dengan Astro AWANI.

Sejauh mana apresiasi kita terhadap Seniman Agung P. Ramlee?

Sejauh mana apresiasi kita terhadap Seniman Agung P. Ramlee?

Menurut Ku Seman, untuk mengangkat P. Ramlee, apa yang perlu dilakukan ialah membebaskan seniman legenda itu dari lingkaran nostalgia, populariti dan riwayat hidup yang penuh melodrama.

Kata Ku Seman, seorang seniman yang menjadi tanda hidupnya adalah karya.

Maka karya-karya besar P. Ramlee belum cukup dalam digali daripada pendekatan sosiologi atau pun antropologi.

“Misalnya P. Ramlee sangat anti feudalism dari beberapa karyanya.

“Feudalism tidak boleh dilihat sebagai anti raja. Tetapi feudalism zaman P. Ramlee diwakili oleh kasta-kasta tinggi dalam masyarakat yang seolah-olah orang yang tidak bergelar semuanya hina.

“Tetapi ini tidak dikupas walaupun sudah 46 tahun kepulangannya,” ujar Ku Seman lagi.

Kebimbangan turut disuarakan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Saiful Nujaimi Abdul Rahman dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Menurut Saiful, secara peribadi, ramai individu melihat sisi Seniman Agung P. Ramlee sebagai ikon seni milik sesebuah bangsa sahaja.

“Walhal sepatutnya kita menghayati karya beliau sebagai perwakilan kepada ketertinggian jati diri seni sebuah bangsa Malaysia itu sendiri,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Saiful, sesuatu perlu dilakukan agar identiti bangsa semakin diperkukuhkan demi generasi seterusnya.

Ini kerana menurutnya, generasi kini yang berusia lingkungan dua puluhan dan belasan tahun masih menyedari sumbangan seniman itu tetapi tidak generasi yang berada di sekolah rendah dan ke bawah.

“Ini barangkali mereka telah didewasakan bersama era gabungan k3semua stesen penyiaran melalui Astro yang sering menyiarkan karya-karya P. Ramlee.

“Namun kini kecenderungan ibu bapa melanggan Netflix yang tidak cenderung menyiarkan karya seniman itu, nyata membimbangkan,” ujarnya.

Justeru sebagai generasi yang waras, sesuatu perlu tangkas dilakukan demi beroleh laba dan manfaat bersama.

Seandainya sebegini caranya kita memberikan penghargaan kepada seorang tokoh yang dianggap sebagai mentor, ikon dan rujukan industri perfileman dan muzik, maka bersiap sedialah kita bahawa satu masa nanti P. Ramlee akan terus dilupakan dan terpinggir dari arus perkembangan tamadun bangsa.

Ketika itu, tidak perlulah kita meratapi kehilangan itu.

Kalaulah arw4h masih ada…

Al-Fatihah buat Allahyarham P. Ramlee.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/kisah-sedih-pengakhiran-p-ramlee-yang-ramai-tak-tahu/