“Jika Dengar Ketuk Pintu, Jangan Buka” 44 Anak GADlS Dibvru, M1steri Lagenda H4ntu Purdah Masih Menjadi Teka Teki Shg Kini

Kisah seram urban legend, H4ntu Purdah atau H4ntu Kum-Kum.

Pasti ramai sedia maklum akan kisah H4ntu Purdah yang pernah menggemparkan dan menakutkan kita di Malaysia satu masa dulu.

Dikatakan cerita ni memang famous sekitar tahun 1996-1997 hingga awal tahun 20an pun masih berlegar legar lagi cerita H4ntu Purdah yang ketika itu tular dari mulut ke mulut ataupun melalui SMS.

Dikatakan H4ntu Purdah ini seringkali mengetuk pintu rumah orang pada waktu selepas asar hingga lewat pagi.

Bagi budak-budak zaman sekarang, mungkin ramai yang tak tahu cerita ni, jadi jom kita throwback sikit.

Seram tak ser4m kisah ini pada masa tu, kebanyakkan penduduk akan berkurung di rumah bila menjelang Maghrib.

Tiada lagi yang suka suka nak keluar melepak malam-malam buta dek kerana takut terserempak dengan H4ntu Purdah.

H4ntu Purdah

Sebenarnya, dikatakan H4ntu Purdah ialah gadis bukannya h4ntu.

Tapi memandangkan dia ni ada buat perjanjian dengan syaiitan, jadi penampilan dan wajahnya memang tak sama macam manusia.

Dia akan membvru 44 anak dara bagi mengembalikan wajahnya yang telah buruk seperti sedia kala!

Cerita dia macam ni, h4ntu purdah ni berkisarkan tentang seorang gadis yang sedang menuntut di sebuah IPT di Malaysia.

Malangnya, gadis ni kononya selalu dipinggirkan oleh kawan-kawan dia

(konon-kononnya masa tu kawan-kawan dia semua cun tak nak kawan dengan dia).

Oleh yang demikian, si gadis ni telah membuat keputusan terburu-buru untuk menjadi cantik!

Pantang tengok cermin 44 hari

Lalu dia telah bertemu dengan seorang bomoh yang pakar dalam ilmu hitam.

Dipendekkan cerita, dia menuntutlah ilmu hitam tu. tetapi, ada syarat yang harus gadis ni patuhi sebelum mendapatkan wajah yang cantik.

Dia tidak boleh melihat cermin maksudnya dia takleh tengok sedikit pun paras wajahnya di hadapan cermin selama 44 hari.

Jadi setelah gadis ni mengamalkan ilmu itu selama beberapa hari kemudian.

Para jejaka-jejaka terkejut dan tertawan dengan kejelitaannya.

Masa tu gadis ni memang excited sangat sebab ilmu yang dia amalkan tu menjadi!

Tapi, tulah disebabkan terlalu tak sabar dan obses dengan kecantikan, dia telah mel4ngg4r pantang yang telah ditetapkan.

Dia melihat cermin untuk mendapat kepastian, adakah wajahnya benar-benar telah menjadi jelita.

44 anak dara dibvru

Oleh yang demikian, bertukarlah wajahnya menjadi sangat hodoh!

Separuh dari tubuh dan wajahnya menjadi buruk akibat mel4ngg4r pantang. Mukanya mula ditumbuhi bisul.

Nan4h hanyir bercampur darah mulai keluar dari luka-luka bisul tersebut.

Lalu dia telah memakai purdah untuk menutupi wajahnya yang telah menjadi hod0h!

Gadis tu kemudian bertemu semula dengan bomoh sebelum ini untuk mengetahui cara mengembalikan wajahnya semula.

Bomoh tu memberitahunya, jika gadis itu ingin wajahnya kembali seperti asal.

Maka dia haruslah meminum drah daripada 44 anak dara.

Maka bermula lah hantu purdah merayau-rayau untuk mencari 44 anak dara demi mengembalikan semula kejelitaan wajahnya…

Pada waktu ni, takkan nampak orang orang berkeliaran tak kira di mana-mana mulai dari selepas asar.

Memang orang tak akan keluar dari rumah sebab takut dengan gadis purdah tu.

Memang masa tu gempak dan top lah cerita ni!

H4ntu purdah ni akan merayau-rayau di mana-mana sahaja untuk mencari anak dara!

H4ntu ni lain macam sikit, kau baca ayat suci pun dia tak lari (nama pon manusia) jadi cara untuk mengelakkan h4ntu ini adalah berkurung di rumah.

Memang masa tu igauan mimpi ng3ri lah bagi gadis-gadis yang melalui zaman itu.

Guna jarum peniti

Menurut cerita, dia menggunakan jarum peniti untuk menghisap drah mngsa.

Gadis tersebut menyamar sebagai penjual kain.

Dia pergi dari rumah ke rumah untuk melihat samada didalam isi rumah yang dia pergi itu ada anak dara sunti ataupun tidak.

Jika ada dia akan menggunakan ilmu hitamnya yang telah diberi oleh dukun tersebut.

k3s pernah terjadi di Kuantan, Pahang. Dimana h4ntu purdah ini pernah mencucuk jarum peniti ke tubuh anak dara sunti yg sedang tidur di dalam bilik, namun disedari oleh ibunya.

Gadis purdah pun lari dengan Kancil merah kepunyaannya. Wallahualam…

Lain pula kata dari lelaki ini. Masa tu dia tinggal dekat rumah sewa area Kuantan katanya, dia pernah nampak sekali h4ntu purdah ni merayau-rayau kat kawasan rumah tu konon-kononnya dia tengah menjual kain.

Ntah betul ke tak, tapi menurut cerita dia memang takde kejadian ngeri yang berlaku masa tu.

Lagi satu, hantu ni tak reti nak bagi salam dengan betul.

Mungkin disebabkan ilmu hitam yang dituntut itu menghalangnya.

Dia akan sebut “Kum…Kum…Kum” dia takleh sebut “Assalammualaikum” dengan tepat.

Korang pun faham jugak kan pada zaman 96-97 ni, bukan macam sekarang.

Nak buat panggilan pon mahal, jadi menggunakan SMS jela yang menjadi alternatif mudah pada ketika itu

(Belum ade lagi WhatsApp, Telegram masa tu).

SMS tular pada tahun 96/97

“H4ntu purdah tengah mencari mangsanya yang ke 20, hati2. Jika terlihat wanita berpurdah menjual kain, jangan keluar!”.

Sengaja dicipta

Sesetengah pendapat mengatakan, kisah h4ntu purdah asalnya adalah sejenis jemb4lang yang sering berkeliaran sekitar 1970-an sengaja dicipta.

Ini ketika kebangkitan semula lslam dikalangan orang-orang Melayu.

Ketika itu, para gadis mula mengenakan hijab.

Keadaan ini amat tidak disenangi oleh kumpulan gadis yang suka memakai pakaian seksi.

Lalu terciptalah kisah h4ntu purdah semata-mata untuk memburukkan imej wanita yang menutup aurat.

Dipendekkan cerita, kisah ni kekal menjadi misteri dan tak terjawab sehingga kini.

Macam itula lebih kurang cerita dia.

Wallahualam, mungkin bagi korang ada lebih banyak versi berkaitan h4ntu purdah ni.

Dipendekkan cerita, kisah ni kekal menjadi misteri dan tak terjawab sehingga kini.

Macam tula cerita dia.

Wallahualam, mungkin bagi korang lebih banyak versi berkaitan hantu purah ni.

Sebab belum ade kepastian mengenai hal ni.

Reaksi warganet

Shahlah Aziz –

Yang paling pelik masa cerita ni tengah hangat, kita duduk sabah pun ikut ketakutan…

Watdahek!!! Kalau aku dah besar masa tu tak la aku rasa takut…

Siang hari pun sentiasa menghantui… Nasip la masih darjah 3. Hahaha

Eliannane –Kisah h4ntu purdah ni, sebelum hot sampai masuk dalam surat khabar. Saya dah dengar dari kawan sebilik.

Waktu tu saya masih belajar di itm. Versi yang kawan saya citer, pada awal tu memang sama dengan yang admin citer.

Tapi, cara hantu purdah ni menyer4ng mngsa, bukan dengan cara memberi salam.

Dia boleh sekelip mata muncul di sisi kita, walaupun kita berkurung dalam rumah, apabila kita, tiba2 teringatkan dia…

Tiba2 dia ada di sebelah kita. Dia juga meronda2 di kawasan perumahan dengan memandu kancil merah.

Semasa saya tengah cuti semester, saya ada terbaca dalam akhbar, si h4ntu purdah sedang berusaha untuk menghisap drah seorang gadis yg telah pengsan di dalam kawasan rumah.

Ketika ibu gadis keluar mencari anaknya, dia terlihat h4ntu purdah ni sedang mencucuk cucuk bahagian leher anaknya dengan jarum peniti..

Walau bagaimana pun anak gadisnya dapat diselamatkan…

Nur Suraya –Teringat pulak masa kecik duduk dekat Keramat. kec0h pasal h4ntu purdah.

Masa tu baru lepas solat maghrib kat surau. Jalan kaki nak pergi makan chicken chop nampak perempuan siap telekung tengah bersembang, tepi pagar rumah.

Tapi dia bersembang sorang2 apa lagi cepat2 cabut selipar, lari terus dan satu lagi kereta berjalan sendiri tak ada pemandu.

Bila kereta tu berhenti pintu terbuka tapi yang keluar anjing, depan mata berlaku kat Keramat dlu..

Delilah Mercury –Ternyata jika h4ntu kum kum ni adalah rekaan semata-mata, sudah terang ada baik dan buruknya..

Baik dari segi mengekang kebebasan anak2 gadis waktu itu yang begitu cepat dan mudah hanyut dalam arus kebaratan era Disco ’70-an.

Dan yg buruknya adalah apabila gadis2 baik yang ingin menutup aurat dengan berdakwah dipandang serong.

Seolah-olah memakai purdah/bertudung satu k3salahan besar.

Namun, jika benar pernah wujudnya gadis yang beramal ilmu hitam itu, agak2 apakah k3sudahan nya.

Apakah beliau telah mencapai quota 44 anak dara sunti yg telah di-tetapkan?

Atau adakah beliau akhirnya merana seumur hidup dek penangan dari k3syirikan ilmu itu?

Harap2 tak akan ada lagi orang2 yang mengambil jalan yg salah dan syirik sekadar untuk kelihatan cantik atau ingin jadi kaya.

Dan jika ini semua sekadar rekaan saja, diharapkan tiada lagi cerita2 yang dibuat-buat yang akan membelenggu.

Dan ini akan menyusahkan mereka2 yang benar2 ikhlas dalam berdakwah. Insya-Allah, amiin.

Jadi apa pula kata anda.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Lamanmaya