Video Pendek Sed1h Ini Kongsikan Cara Tingg4lkan Gadis Masa Pertama Kali Dating

Di zaman teknologi semakin maju dan semuanya hanya di hujung jari pasti tiada masalah untuk anak muda dan mereka yang masih bujang untuk mencari jodoh lebih-lebih lagi sudah banyak aplikasi dating.

Boleh dikatakan aplikasi online dating kini menjadi pilihan ramai anak muda untuk berkenalan antara satu sama lain serta dalam masa sama mencari pasangan hidup.

Namun, ada kebaikan dan keburvkan aplikasi dating ini kerana boleh boleh percaya bulat-bulat dan berhati-hati ketika berkenalan dengan seseorang.

Seperti yang berlaku pada seorang gadis ini yang ditinggalkan sendirian oleh lelaki yang dikenalinya di dalam satu aplikasi dating ketika pertama kali keluar dating.

@lynaamrose

tolong aku bgi jwpn##fypシ ##tiktokviral ##tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – Lyna Amrose

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, gadis itu memberitahu hari itu adalah pertama kali dia keluar bersama dengan seorang lelaki yang dikenalinya di aplikasi dating.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lelaki tersebut memberi alasan untuk pergi sebentar ke kedai mencuci kereta dan men1ngg4lkan gadis berkenaan.

@lynaamrose

sedih ny ##tiktokviral ##tiktokmalaysia ##fypシ

♬ bunyi asal – Lyna Amrose

Lebih menyedihkan, gadis itu memberitahu sudah hampir setengah jam menunggu namun lelaki berkenaan tidak kunjung tiba. Dia kemudian membuat panggilan telefon dan menghantar mesej namun tidak dibalas.

Berikutan itu, gadis itu mula risau memikirkan cara untuk pulang kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak di tangan. Namun, nasibnya baik apabila seorang kenalan datang mengambilnya di lokasi yang ditinggalkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib gadis itu dan menasihatinya tidak sewenang-wenangnya keluar berseorang dengan individu yang baru dikenali.

Dalam pada itu, netizen turut meminta jika mahu berjumpa dengan lelaki yang baru dikenali adalah lebih baik jika jumpa di tempat awam dan jangan sesekali minta untuk jemput di rumah.

Apa pun diharap kisah gadis ini dapat dijadikan iktibar buat mereka diluar sana agar lebih berhati-hati sebelum keluar dengan individu tidak dikenali. Pastikan utamakan keselamatan diri supaya tidak berlaku perkara tidak diingini.

SUMBER: TikTok

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop

 

Be the first to comment on "Video Pendek Sed1h Ini Kongsikan Cara Tingg4lkan Gadis Masa Pertama Kali Dating"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*