[VIDEO] “Bila orang terdekat positif, barulah sedar diri benda ni real” – Michael Ang

MENGAKUI dirinya sebagai kontak rapat kepada penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif c0v1d-19 pada Ahad lalu, pengarah dan pelakon popular Michael Ang turut bergegas melakukan swab test.

Beliau bertindak sedemikian di sebuah h0sp1tal swasta di Damansara pada hari yang sama sebagai langkah berjaga-jaga.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang bersyukur kerana disahkan bebas daripada v1rus itu selepas memperolehi keputusan semalam.

Katanya, beliau bertemu dengan Alif pada 11 November lalu ketika itu terserempak di sebuah kafe.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan menyampaikan sedikit pesanan kepada semua pengikutnya.

Katanya, jika sebelum ini beliau bersikap skeptikal terhadap v1rus c0v1d- 19 kerana tidak ada kenalan terdekat yang dij4ngk1ti, namun kini pandangan tersebut telah berubah.

“Pesanan saya kepada semua yang menonton video ini, this c0v1d is real! Sebelum ini I sendiri ada perasaan ragu-ragu kononnya I kebal takkan kena c0v1d, malah baru-baru ini I ada berbual dengan seorang kawan tentang benda ni.

“Disebabkan kita tak ada orang yang dekat dengan kita kena benda ni, jadi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya benda ni.

“Sampai terfikir entah-entah semua ini ‘propa’… Tapi bila orang terdekat dengan kita sendiri dah disahkan positif barulah sedar diri yang benda ni real.

“Jadi kepada anda semua, tolonglah berhati-hati, ikut SOP, buat apa yang kita perlu, pakai pelitup muka, cuci tangan dengan pembasmi kuman selalu, jaga penjarakan sosial, kalau keluar balik terus mandi, jaga diri anda sebaik-baiknya.

“This thing is real and dia takkan kenal orang, sesiapa pun boleh kena… Hati-hati dan kekal selamat untuk diri sendiri dan orang terrsayang,” katanya.

Pesan beliau, kepada yang tertanya-tanya tentang swab test serta yang pernah bertemu supaya tidak perlu risau kerana hasil keputusan adalah negatif.

Video tersebut telah ditonton lebih 140 ribu kali dan rata-rata pengikut mengucapkan syukur kerana keputusan diperolehi Michael Ang namun ada yang turut menasihati agar beliau melakukan swab test untuk kali ke-2 juga nanti.

Michael Ang juga memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat Alif Satar.

Semoga bermanfaat dan sama-samalah kita memainkan peranan dan berusaha membendung w4b4k ini agar ia tidak terus menular.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar