[VIDEO]”Alhamdulillah tak s4kit pun… umpama k0rek hidung je”- Wawa kongsi buat sw4b test Cov1d-19

penul4ran v1rus pandemik c0v1d-19 di negara kita masih membimbangkan.

Bagi memastikan diri bebas daripada v1rus tersebut, ramai individu mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian.

Tidak terkecuali buat pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal turut menjalani swab test bersama kakitangan syarikatnya.

Menerusi laman Instagram, Wawa berkongsi sebuah video sesi pengambilan ujian tersebut untuk tatapan umum.

“Done swab test untuk semua staf Wawa. Alhamdulillah tak s4kit pun. Korang bila lagi? Rasa dia umpama korek hidung je, serius,” tulisnya.

Wawa turut mengambil kesempatan memberikan penghargaan kepada klinik berkenaan kerana memberikan keputusan ujian saringan pada hari yang sama.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, menunjukkan giliran Wawa mengambil ujian dan proses itu berjalan dengan lancar.

Walaupun sampai berair mata, kelihatan Wawa tersenyum selepas sampel tersebut diambil daripada hidungnya.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet memuji kecantikan Wawa biarpun dalam keadaan sedang menahan nafas ketika menjalani swab test itu.

putriratu._95 – Muka korek hidung pun lawa… jeless!

daniallaziman – Swab test ni ikut kepada yang tukang jolok tu..ade dapat yang jenis jolok sampai ke dalam memang tersentap terus rasa. Ni Wawa dapat yang jenis jolok s4kit je. Alhamdulillah la tak nampak seksa sangat kan.

produk_bidadari – Wowwww tengok Wawa lama mesti lawaa.

zurraidaali – Memang sentiasa nampak cantik.

eykaeykaa – Tengah korek hidung pun lawa. Kalau aku tu kentang teruk.

atie.beauty – Buat swab test pun nampak comel, nampak cantek.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar

 

Be the first to comment on "[VIDEO]”Alhamdulillah tak s4kit pun… umpama k0rek hidung je”- Wawa kongsi buat sw4b test Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*