Aishah dedah hampir pit4m di SFMM35

PENYANYI Aishah mendedahkan dia berasa hampir pit4m ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di Semi Final Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam.

Jelas Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, situasi itu terjadi mungkin disebabkan dia terlalu focus, penat dan kurang makan.

“Pejam celik, lima hari kemudian terus membuat persembahan dan jantung saya… Entahlah sama ada saya terlalu fokus, penat atau kurang makan tetapi ketika mula-mula nyanyi, saya angkat kepala tiba-tiba rasa berpusing dan nak pitam dari baris pertama ke baris kedua.

“Dalam masa sama, saya mula rasa hilang imbang dan dalam hati berharap tidak menjadi artis pertama yang pengsan di pentas ketika membuat persembahan.

“Saya tak tahu bagaimana nak meneruskan nyanyian dalam keadaan begitu. Serius ia rasa sangat men4kutk4n. Bagaimanapun Alhamdulillah saya dapat habiskan lagu itu dan tak hilang imbangan. Terima kasih ALLAH.

“Adakalanya memang mudah mengkritik tetapi tugasnya bukanlah semudah yang disangka,” ujarnya.

Aishah bersama Ippo (kanan) dan suaminya sebelum memulakan persembahan di SFMM35 semalam.

Aishah, 55, menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza membawakan lagu ciptaan Ippo Hafiz.

Berkongsi tawaran untuk menggantikan Siti di SFMM35, Aishah berkata, dia mendapat panggilan daripada pengurus Siti, Rozie, lima hari lalu.

“Permintaan untuk menyanyikan lagu ini datang daripada panggilan Rozie bagi pihak Siti Nurhaliza Production pada petang Isnin lepas.

“Sejujurnya saya pernah dengar lagu ini sekali ketika ia dilancarkan. Dan saya pula tak banyak menonton TV sekarang, jadi saya agak ketinggalan.

“Selepas itu Ippo pula menghubungi saya dan selepas berbincang serta berfikir sedaamnya, saya pun bersetuju untuk meneruskan.

“Bayangkan Selasa baru jumpa Ippo, Rabu terus buat latihan, Khamis fitting baju, otak saya hanya Aku Bidadari Syurgamu,” jelasnya.

Dua sebab utama

Tambah Aishah, ada dua sebab utama dia bersetuju untuk menyanyikan Aku Bidadari Syurgamu.

“Perjalanan lagu Aku Bidadari Syurgamu sangat menyentuh hati saya. Sebagai isteri, saya juga mengimpikan untuk menjadi bidadari untuk orang tersayang.

“Sebab kedua saya menerima tentunya kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mana mungkin saya melepaskan peluang ini. Wanita ini masih kekal merendah diri biarpun sudah banyak melakar kejayaan,” katanya.

Biarpun menerima reaksi pelbagai selepas membawakan lagu itu semalam, Aishah berkata, ia adalah risiko menyanyikan lagu penyanyi popular.

Aishah menyifatkan peluang menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu sebagai satu tanggungjawan yang sangat berat. (Foto : Ako Imran)

Katanya, ia juga bukti bahawa mana-mana penyanyi tidak pernah berhenti belajar biarpun sudah 34 tahun berada di dalam industri sepertinya.

“Alhamdulillah,selesai sudah ‘tanggungjawab’ yang sangat berat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

“Saya tahu macam-macam reaksi, ada yang suka, ada yang tak suka. Saya tasa itulah risiko menyanyikan lagu orang yang popular.

“Satu pengalaman yang banyak mengajar. Bukti bahawa awak tidak boleh berhenti belajar walaupun sudah 34 tahun berada di dalam industri. Ia satu ujian ketahanan dan disiplin dalam diri saya sebagai penyanyi,” jelasnya.

Malam ini di hari terakhir pentas SFMM35 akan menyaksikan sembilan lagi lagu bersaing untuk merebut 12 tempat ke malam penentuan AJL35, Februari depan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinarplus