Pemuda Ini Kena Sound Pergi Surau Tak Pakai Kopiah, Apa Jadi Selepas 10 Tahun Buat Semua Tak Percaya

Teringat kisah 17 tahun nan lalu. Suatu kisah bersama sahabat baik yang juga sepupu aku.

Masa tu kami tengah muda belia. Tengah mengg1ila. Jenis rempuh belaka apa depan mata. Dikelilingi benda lalai dan laghro. Bermacam angkara kami lakukan bersama.

Dan di suatu ketika, dia mula rasa nak berubah. Solat mula dijaga. Bahkan dah cuba berjinak turun ke surau.

Namun dia bila turun ke surau, ada ahli surau menjelingnya dengan jelingan kurang selesa. Terpinggir dia di surau orang tak peduli dan tak rai.

Awalnya dia buat tak tahu saja. Pergi solat, lepas doa balik ke rumah. Hingga di suatu hari, dia ke surau tak memakai kopiah. Ada seorang ahli surau dengan keras sound dia,

” Mu nak mari semaye ko nak mari wat gapo? Pioh (kopiah) pun tak pakai.”

Ahli jemaah surau yang lain pakat pandang sahaja sahaja dia kena sound. Punya la malu dan mar4h.

” Mujur atas balasoh jah. Pah dio tu tua sikit. Kalu tepi jale aku goc0h doh. Nate apo la, ore nak mari semaye nya dok si1ndir sinis gitu. Lepas pado tu aku tak gi doh balasoh tu. Po cih blako,” kata anak sepupu aku pada aku dengan nada mar4h.

Anak sepupu aku ni baran boleh tahan juga. Dan sejak itu, memang dia tak pijak dah surau itu. Mar4h. Geram. Terasa dengan per4ngai ahli surau yang seolahnya surau tu untuk mereka sahaja.

Dan hari ini, anak sepupu aku ini menetap di bumi Mekah lebih 10 tahun lamanya. Menjaga rumah yang abah aku waqafkan di Bukit Ajyad, depan Masjid Kelantan.

Dia mengabdikan diri untuk menuntut ilmu agama. Menadah kitab, belajar ilmu agama dengan tok guru di Tanah h4r4m. Fasih bercakap Arab, fasih ayat Quran dan hadis meniti dibibirnya bila aku berjumpa dia setiap kali aku mengerjakan umrah.

Alhamdulillah. Bila Allah nak buka hati hambaNya, semudah itu sahaja. Sekarang beliau masih di sana. Menuntut ilmu dan menjaga rumah waqafan abah.

Kisah ini aku teringat bila terbaca komen yang menulis satu cerita berbunyi begini,

” Seorang lelaki pergi solat Jumaat kat masjid. Dia lupa untuk mem4tikan telefonnya. Semasa imam tengah khutbah, telefonnya berdering kuat dan imam terus meny1indirnya.

Selepas solat, para jemaah pula pakat menegur dia kerana mengg4nggu suasana dalam masjid. Dia rasa sangat malu dan bersalah.

Sepanjang perjalanan balik rumah, semua orang memandang dia dengan pandangan yang sinis. Dia sangat malu. Dan sejak itu, dia tidak lagi melangkah kaki ke masjid.

Malam itu dia ke bar buat kali pertama. Gementar juga memandangkan tidak pernah dia menjejak kaki di bar. Dalam keadaan gementar, dia secara tidak sengaja terlanggar gelas minuman hingga tumpah.

Kaca pecah berderai dilantai. Pelayan bar datang segera dan meminta maaf dengannya serta cepat-cepat menyapu kaca dan mengelap meja.

Manager bar yang kebetulan berada kat situ terus mengarahkan pelayan bar memberi air baru secara percuma.

Manager datang dan menepuk bahunya lantas berkata,

” Usah risau. Siapa yang tak pernah buat silap. Biasalah tertumpah air begitu”.

Orang ramai yang berada berdekatan mengangkat gelas menandakan meraikan dia dan datang untuk berborak mesra. Sejak itu, dia tidak pernah berhenti datang ke bar itu.

Kisah ini sangat kena dengan kisah yang dilalui sendiri oleh anak sepupu aku, Sheikh Aiman Al Makki.

Pengalamannya hampir sama. Yang membezakan dia dapat berubah ke arah kebaikan setelah lama mencari arah tujuan.

Pasti ada orang akan berkata,

” Nak berubah tu biarlah kerana Allah. Bukan kerana manusia. Baru kita boleh abaikan kata-kata orang. Jika kerana manusia, jadi beginilah. Orang tegur sentap kemudian jadi makin teruk”.

Kawan-kawan…

Kena ingat, seseorang yang jauh terlalai, jauh tersesat kemudian nak cari jalan pulang bukannya mudah.

Sepenuh kekuatan mereka kumpul, mereka menebalkan muka untuk berada dalam surau, dalam majlis ilmu meski pun ramai yang memandang sinis.

Orang sentiasa memandang serong terhadap mereka. Lihat mereka ini di masjid, segelintir akan menvduh mereka datang untuk check line nak pecahkan tabung masjid.

Dis1indir dan disound hanya kerana perkara kecil sahaja.

Mereka masa tu masih tidak kuat. Masih tengah mencari-cari semangat. Seolah orang yang kelemasan baru jumpa pelampung kecil untuk berpaut.

Baru sahaja cuba untuk bernafas, ditekan kembali kepala ke dalam air. Pelampung itu direbut dan mereka kembali hanyut.

Kadang-kadang sikap segelintir kita yang menyebab mereka makin menjauh.

Kadangkala, tanpa sedar sikap kita yang menjauhkan mereka.

Sikap yang kononnya kita sahaja yang baik. Kita sahaja ahli masjid. Seolahnya jubah dan serban yang dipakai kita itu lesen untuk kita menghina orang lain.

Jika lihat ada orang sekeliling kita nak berubah, bantu mereka. Usah disi1ndir salah silap mereka. Ajak, peluk, raikan mereka.

Ajar mereka. Dekati mereka. Bukan jauhi dan memandang sinis pula.

Pengakhiran kita tiada siapa yang tahu bagaimana. Orang yang kita labelkan jahat pada hari ini mungkin akan menjadi orang yang paling alim dan baik di masa akan datang.

Sentiasalah berusaha mengubah diri ke arah kebaikan tanpa memperlekehkan sesiapa. Begitulah.

Sumber: FB cikgu Mohd Fadli Salleh

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :asiakini via MediaViral