“Usah sembang fasal SOP jika…” – Shaheizy Sam kena kec4m ketika ‘live’ ABPBH33

GARA-GARA menggantung rkok elektron1ik atau v4pe di leher ketika menyampaikan anugerah bagi kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH33), pelakon Shahiezy Sam menerima kec4man netizen.

Malah, tindakan suami pelakon Syatilla Melvin itu turut ditegur pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM) yang mempersoalkan tanggungjawab pihak produksi tidak menyaring penampilan selebriti tersebut sebelum bersiaran secara langsung.

PHM turut menyifatkan tindakan pelakon itu telah mempromosikan penggunaan v4pe dalam kalangan masyarakat.

Pengendali akaun Public Health Malaysia membuat teguran di perkongsian Facebook pada Jumaat.

“sed1h sangat melihat budaya burvk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.

“Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi v4pe sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV, ” tulisnya.

Sementara itu, Shaheizy menjelaskan bahawa dia terlupa untuk menanggalkan vape berikutan keadaan kelam kabut sebelum naik ke pentas.

“Terlupa sebab kelam-kabut. Memang sejak dahulu lagi, saya ke hulu ke hilir bawa banyak v4pe sebab bateri cepat habis, ”kata Sam menerusi laporan Kosmo! Online.

Dalam perkembangan lain, ABPBH33 menyaksikan kemenangan penyanyi Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Jumaat.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via MediaViral