“Saya rasa bersyukur walaupun sed1h hilang kerja tetapi…”- Zeera Azizi Mula Bersuara Selepas Diberhentikan Kerja Sebagai Pramugari

PELAKON Zeera Azizi yang juga merupakan salah seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan komersil berkongsi pengalaman diberhentikan kerja gara-gara pandemik c0v1d-19.

Berkhidmat bersama syarikat penerbangan itu sejak empat tahun lalu, Zeera atau nama sebenar Nurazeera Azizi, 24, berkata dia terpaksa men1ngg4lkan pekerjaan itu pada September lalu apabila kontrak tidak disambung.

“Saya faham dengan situasi semasa, bukannya satu syarikat saya sahaja yang terkesan dengan pandemik c0v1d-19 tetapi melibatkan satu dunia.

“Sejujurnya, tak terkejut sangat sebab mula-mula dah dengar khabar angin yang ramai kena bu4ng. Bila habis kontrak tak dapat nak sambung.

“Sejak bulan Februari lagi saya memang dah kurang terbang (bekerja)… boleh kira dalam tiga kali sahaja. Terakhir pada bulan Mac lalu saya hanya ke Pakistan, selepas itu memang dah tak kemana-mana kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zeera terpaksa tinggalkan pekerjaan pilihannya.

“September lalu, cukup empat tahun saya dalam dunia penerbangan dan kontrak saya tamat… saya antara yang tidak dapat sambung kontrak,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Z E E R A 🌹 (@zeera.azizi)

Meskipun hilang pekerjaan tetap, Zeera meluahkan rasa syukur kerana dia masih mempunyai sumber pendapatan lain.

“Secara peribadi, saya rasa bersyukur walaupun sed1h hilang kerja tetapi saya masih mempunyai sumber pendapatan lain contohnya buat reviu dan sebagainya.

“Alhamdulillah saya dapat banyak juga tawaran berlakon. Bagi saya dengan keadaan semasa, mana-mana rezeki atau peluang yang ada seperti berlakon atau mengacara saya memang tidak akan tolak.

Zeera (kanan) bersama adiknya yang juga pelakon Neera Azizi (kiri).

“Saya lebih kasihan kepada kawan-kawan yang terpaksa kerja di kedai makan selepas hilang kerja kerana mereka bergantung penuh dalam dunia penerbangan ini,” jujarnya.

Dalam pada itu, Zeera masih meletakkan harapan agar dapat berkhidmat semula sebagai pramugari dan tidak menolak jika diterima masuk di mana-mana syarikat penerbangan lain.

“Kalau diberi peluang untuk bekerja dalam mana-mana syarikat penerbangan lagi, saya memang tidak akan tolak kerana itu minat saya… bagaimanapun Malindo adalah pilihan pertama saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zeera Azizi baru sahaja selesai menjalani penggambaran dalam telemovie Kau Bukan Hakimku yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Z E E R A 🌹 (@zeera.azizi)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar