Sudah Setahun Saya Tidak Bekerja… – Salih Yaakob

Itu luahan selebriti popular, Salih Yaacob, 60, yan bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga ketika negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.

” Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan.”

Salih ketika dihubungi berkata, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

Sudah setahun tidak bekerja

” Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja, rezeki diperoleh itu mencukupi.

” Syukur pada Allah kerana saya juga tak perlu minta bantuan untuk keluarga.

” Paling bermakna, Allah kurniakan juga kesihatan yang baik pada saya, isteri-isteri, anak-anak dan cucu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Salih, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

” Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini.

” Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Salih mahu terus perbaiki diri dan beramal

Berkongsi pandangannya terhadap penul4ran pandemik COV1lD-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

” Sekarang, saya lebih selesa muhasabah diri.

” Apa yang berlaku ketika ini, saya melihat pada sudut pandang positif yang mana ia kasih sayang Allah dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

” Saya hanya mahu terus bersyukur dan reda dengan perjalanan kehidupan sekarang, termasuk mahu terus perbaiki diri dan beramal, apatah lagi ketika ini Ramadan,” katanya.

Bagaimana kerjaya Salih bermula

Kerjaya Salih bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980. Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi.

Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.

Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

Menyertai Sinar FM pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015. Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar aka CikPiah pada 2016.

Salih berkata, dia juga menganggap sudah bersara dari kerjaya seni apabila men1ngg4lkan konti radio Sinar FM tahun lalu selepas 13 tahun berkhidmat berikutan faktor usia dan kesihatan diri.

Sudah men1ngg4lkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah berc3rai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: hmetro & lamanhiburan

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment on "Sudah Setahun Saya Tidak Bekerja… – Salih Yaakob"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*