Kembali Bertemu Setelah 7 BULAN TERP1SAH Dengan Suami Kerana Tugas. FRONTLINER Cantik Ini Luah Rasa Syukur

Peranan jentera barisan hadapan khususnya para petugas kesihatan sangat penting dalam mengawal penul4ran pandemik c0v1d-19 biarpun golongan inilah paling terdedah kepada risiko j4ngk1tan.

Tanpa mereka pasti kita akan berhadapan dengan saat paling getir dalam menangani w4b4k berbahaya ini. Lebih-lebih lagi, negara kita kini sekali lagi terpaksa berhadapan dengan gelombang c0v1d-19 yang ketiga.

KISAH PERIBADI YANG TERSENDIRI

Di sebalik komitmen yang ditunjukkan oleh para petugas barisan hadapan, mereka juga sama seperti insan-insan lain. Punya keluarga serta kisah peribadi yang tersendiri. Pun begitu, komitmen terhadap masyarakat dan negara tetap perlu diutamakan.

Dr Amanda Elli antara petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa kenal erti lelah. Berusia 28 tahun, Dr Amanda kini bertugas di Unit c0v1d salah sebuah pejabat kesihatan daerah. Terdahulu, graduan dari National University of Ireland, Galway ini pernah ditugaskan di jabatan Kecemasan dan Trauma salah sebuah h0sp1tal kerajaan.

Senyuman tidak pernah lekang di bibir doktor cantik kelahiran Kuala Lumpur ini. Sentiasa komited, berfikiran positif dan ceria itulah yang diamalkan Dr Amanda sepanjang bertugas. Namun, di sebalik keceriaan itu tersimpan satu kisah di mana Dr Amanda dan suami terpaksa berjauhan selama 7 bulan sejak Februari lalu demi tugas.

Foto suami tercinta, M. Syaiful Hisam yang bertugas sebagai Drilling Engineer Specialist di offshore.

TERPAKSA BERPISAH

Pasangan ini bertemu jodoh di aplikasi media sosial iaitu Tinder. Walaupun pada mulanya Dr Amanda kurang percaya dengan ‘cinta online’ namun inilah yang dikatakan takdir.

“Saya bergelar isteri kepada M. Syaiful Hisam pada Februari lalu. Namun, detik indah sebagai pengantin baru hanya dikecapi sementara kerana tiga hari selepas itu saya terpaksa ‘melepaskan’ suami yang perlu meneruskan tugasnya sebagai Drilling Engineer Specialist di offshore.

Detik indah ketika Dr Amanda dan suami disatukan sebagai suami isteri yang sah pada Februari lalu.

Walaupun lama terpisah, suami tetap positif dan sentiasa memberi kata-kata semangat. Bohonglah kalau kata tak sed1h. Kami sentiasa berusaha untuk berhubung walau dalam apa jua cara seperti melalui Facetime dan video call. Kadang-kadang bila internet connection terg4nggu terasa seperti bercakap dengan dinding pun ada. So mental kena kuatlah.

Kejelitaan Dr Amanda terserlah di hari bahagianya.

Sepanjang ketiadaan suami, saya tinggal bersama keluarga. Tak dapat bayangkan kalau keluarga saya pun jauh. Syukurlah keluarga sentiasa ada bersama saya. Ibu bapa saya pun masih manjakan saya seperti anak kecil walaupun saya dah berkahwin.

Ibu bapa Dr Amanda yang sentiasa menyokong dan ada di sisinya.

KEMBALI BERTEMU

7 bulan berlalu akhirnya suami memaklumkan dia akan pulang ke tanahair. Ketika itu suami berada di Arab Saudi. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Ternyata ia bukanlah satu jangka masa yang singkat. Hanya mereka yang benar-benar kental terutama dari segi mental akan berjaya melaluinya detik sukar ini.

Sejujurnya, bila suami memaklumkan yang dia akan pulang saya merasa sangat gembira sampai tak tidur malam. Setiap hari yang berlalu saya akan catat dalam diari. Saya kumpul sikit-sikit duit simpanan dengan niat dapat membelikan hadiah sebagai kejutan buat suami.

Pada mulanya saya merasa agak kekok juga dan tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan suami. Maklumlah dah lama kami tak bertemu. Walaupun rasa gembira tetapi bercampur sayu kerana saya dapat merasakan pertemuan ini hanyalah sementara. Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana suami bebas daripada c0v1d-19.

JAGA SUAMI DALAM TEMPOH ku4r4nt1n

Suami menjalani tempoh ku4r4nt1n bermula pada 18 September 2020 sehingga 1 Oktober 2020. Sepanjang suami ditempatkan di pusat ku4r4nt1n, saya adalah antara doktor yang bertugas. Segala urusan dan layanan yang diberikan adalah sama seperti pes4kit-pes4kit ku4r4nt1n yang lain.

Saya hanya mampu menghantar makanan segera yang diluluskan oleh agensi kerajaan. Minuman dan makanan dalam botol kaca atau tin tidak dibenarkan sama sekali. Jadi saya kirimkan air koko ‘3 in 1’ buat suami.

Apa yang saya belajar dari pengalaman ini ialah erti kesetiaan serta saling mempercayai. Tanpa dua perkara ini sukar untuk sesebuah hubungan itu kekal lama. Sudah lumrah dalam kerjaya kami akan sentiasa berjauhan. Maka kepercayaan dan kesetiaan kami sangat kuat. Semoga ianya kekal sampai bila-bila.

NASIHAT BUAT WANITA

Buat wanita-wanita bergelar frontliner mahupun isteri-isteri yang suaminya seorang frontliner, sentiasalah bersabar dan berfikiran positif. Memikul tanggungjawab sebagai seorang frontliner adalah satu amanah yang tidak harus dipersiakan. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang lebih besar.

Sekiranya kita dalam kesed1han disebabkan pandemik c0v1d-19, sentiasalah ingat bahawa kita tidak bersendirian. Kita semua sedang menghadapinya bersama-sama. Kita jaga kita.”

Semoga Dr Amanda dan suami terus saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain seterusnya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak.

Semoga para petugas barisan hadapan kita terus cekal bersama amanah yang tergalas di bahu. Bersama-samalah kita menjaga SOP dan berdoa agar w4b4k ini segera lenyap dari muka bumi.

Kredit Foto: Instagram @dr_princessamandaelli

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona

 

Be the first to comment on "Kembali Bertemu Setelah 7 BULAN TERP1SAH Dengan Suami Kerana Tugas. FRONTLINER Cantik Ini Luah Rasa Syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*