“Nyawa Allah Bagi Sekali Saja” – Fazley Yaakob Gesa Tangguhkan Sesi Persekolahan

Susulan peningkatan mendadak angka pes4kit c0v1d-19 semasa, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera.

Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mudla dicutikan sekolah sebelum terlambat!

“Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya,” tulisnya di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan? (Di dalam diam saya amat yakin ramai Parents bersependapat dengan saya!) HELP ME SHARE THIS GUYS! BANTU SAYA SHARE OK!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya.

Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.

“m4ti keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengguna.

Namun, jawab Fazley; “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.”

Ruangan komen Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak