Dr Noor Hisham kuar4ntin, siaran langsung kes Cov1d-19 dari rumah

EKORAN semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif c0v1d-19, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuar4ntin kendiri di rumahnya.

Menurut laporan portal tempatan, tindakan tersebut disebabkan Dr Noor Hisham pernah menghadiri mesyuarat yang melibatkan menteri yang menjaga hal ehwal agama itu.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada media, susulan Dr Noor Hisham antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Dr Noor Hisham, yang telah bersiaran langsung sidang media c0v1d-19 di TV sejak Mac lalu, akan disiarkan dari Facebook rasmi Kementerian Kesihatan pada hari ini jam 5.30 petang.

Kementerian itu mengatakan Dr Noor Hisham akan memberikan maklumat terkini mengenai situasi c0v1d-19 dan akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh media.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Dr Zulkifli dan Dr Noor Hisham adalah mesyuarat menteri mengenai c0v1d-19, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dan beberapa menteri lain turut kuarantin kendiri berikutan Dr Zulkifli disahkan c0v1d-19.

Semalam, Dr Zulkifli turut memohon orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan c0v1d-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai dan bantuan yang kini sedang berlangsung melibatkan mahasiswa tetap akan diteruskan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar