Sembilan Tahun Menanti, Irwansyah & Isteri Bakal Timang Anak Pertama

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap kebahagiaan rumah tangga. Namun, rezeki setiap pasangan itu berbeza, ada yang cepat dan ada yang menunggu lama untuk dikurniakan zuriat.

Begitu juga pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah yang memaklumkan khabar gembira apabila isterinya Zaskia Sungkar disahkan h4mil anak pertama selepas 9 tahun mereka berkahwin.

Berkongsikan perkara itu di Instagram untuk para peminat mereka, Zaskia dan Irwansyah meluahkan rasa syukur dan gembira di atas berita keh4milan yang sudah lama dinantikan.

Difahamkan, pasangan itu menjalani proses IVF sejak awal tahun 2020. Dalam pada itu, Zaskia berkongsikan usia kandungannya kini sudah mencecah lapan minggu dan meminta peminat mendoakan anak mereka berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Pasangan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua terutama rakan-rakan, keluarga dan juga para peminat yang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaan mereka sehingga dikurniakan cahaya mata kelak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :