Rakaman Vide0 Restoren ‘Tadah’ Air Hujan Untuk Kegunaan Restoren. Ini Kata Kata Netizen

Bagi penduduk Selangor dan Kuala Lumpur minggu ini antara minggu paling mencabar apabila hampir seluruh Lembah Kelang terputus bekalan air disebabkan pencemaran yang berlaku.

Rakyat sudah semestinya mengeluh kerana air adalah punca utama dalam kehidupan seharian. Yang paling sedih bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

Ramailah orang yang ambil alternatif untuk tadah air hujan sebab tak pasti bekalan air terputus sampai bila.

Lain pulak yang berlaku di sebuah restoran ni. Air hujan yang bertakung kat jalan dikaup ke dalam tong dan dibawa ke dalam kedai.

Tak pasti untuk tujuan apa air tu dikaup, harap bukan untuk bagi customer minum lah ye. Korang tengok video kejadian tu yang dikongsi oleh @Duurianne di Twitter kat bawah ni.

Rata-rata netizen kembang tekak tengok perbuatan pekerja restoran ini. Tapi ramai juga yang bersangka baik dan rasa air tu digunakan untuk cuci tandas. Eee kalau betul dia pakai untuk cuci gelas dan pinggan pun geli gak weh. Kotor tu!

Betul, memang tak boleh buat macam ni. Air yang bertakung kat jalan tu entah apa dah lalu situ, dia kaup masuk dalam tong.

Kotor macam tu kena report dekat pihak berkuasa weh. Minta ditutupkan kedai tu.

Lokasi restoren tersebut tidak dinyatakan. Kita harap air yang digunakan bukan untuk bancuh air lah ..

Kredit: LobakMerah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/