“Saya tak malu nak bagitahu yang saya juga mengalami kesusahan atau kesukaran dari segi kewangan..”- Adibah Noor terpaksa menjual semua barangan miliknya..

“SAYA tak malu mengaku sudah menjual banyak barang kerana mengalami masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu,” kata penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor.

  Adibah, 50, menerusi perkongsian video berdurasi lebih dua minit di Instagram (IG), membuat penjelasan itu berikutan kerap menerima mesej daripada orang ramai yang meminta bantuan kewangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

maafkan saya

A post shared by Adibah Noor Mohd Omar (@adibahnoormohdomar) on

Menurut Adibah, dia sendiri akur harus berjuang demi kelangsungan hidup ketika PKP itu, termasuk terus membayar gaji pekerjanya serta memastikan makanan untuk 37 ekor kucing peliharaan tidak putus bekalan.

“Ingin dijelaskan, pekerja seni macam saya yang dilihat sentiasa berada di depan kamera dan atas pentas ini, memang nampak macam mewah. Apatah lagi, sering memuat naik video atau foto di media sosial.

“Namun, tujuan perkongsian video dan foto itu adalah untuk menunjukkan kami masih aktif bekerja dalam bidang seni. Tapi, sejujurnya ketika PKP lalu saya memang tidak ada ‘job'(tawaran kerja) langsung.

“Sekali gus, saya tiada pendapatan dan memang terjejas. Tetapi, saya nekad harus berusaha mendapatkan kewangan sendiri berikutan ramai orang yang terjejas kehidupan mereka,” katanya.

Ujar penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, justeru dia sudah menjual rumah serta menggadai semua barang kemas miliknya  kerana kesempitan kewangan dialami akibat penularan Covid-19.

Bagaimanapun, berikutan kerajaan kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Adibah berkata dia boleh menarik nafas lega dan bersyukur dapat tawaran kerja semula.

Katanya, walaupun bayaran diterima sekarang agak rendah sebelum negara dilanda pandemik, dia tidak memilih dan ambil sahaja tawaran berkenaan asalkan ada sumber kewangan.

Adibah atau nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar berkata dalam situasinya sekarang, dia meminta maaf kepada pihak berkenaan kerana tidak dapat membantu dengan menghulurkan kewangan.

“Saya menerima banyak direct message (DM) dan private message (PM) yang memohon bantuan kewangan. Mana yang saya boleh bantu, saya memang akan bantu.

“Pekerja-pekerja seni macam saya yang berada di depan kamera dan di atas pentas, memang nampak macam mewah, sering kali muat naik video atau gambar  untuk menunjukkan kami masih aktif dalam bidang seni.

“Hakikatnya masa PKP dulu, saya memang tiada pekerjaan langsung sekali gus tiada pendapatan.

“Jadi selepas PKP  iaitu pada fasa pemulihan, barulah dapat tawaran kerja sedikit demi sedikit untuk berlakon, menyanyi dan sebagainya,” luah Adibah.

Bagaimanapun, tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa itu, bayaran yang diterimanya selepas PKP tidak lagi sama sebagaimana sebelum bermula pandemik Cov1id-19 malah jauh lebih rendah.

“Harga yang kita terima tidaklah semewah harga yang diterima sebelum pandemik Covi1d-19.

“Bagaimanapun, saya ambil sahaja mana-mana tawaran. Sekurang-kurangnya saya ada pendapatan sendiri,” katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Adibah turut mengakui terpaksa menjual rumah dan memajak barangan kemasnya untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi sepanjang tempoh PKP lalu.

“Saya tak malu untuk memberitahu, banyak benda yang saya dah jual. Saya jual rumah, barang kemas pun ada di pajak gadai.

“Saya tak malu nak bagitahu yang saya juga mengalami kesusahan atau kesukaran dari segi kewangan, tapi kita cuba cari jalan sendiri,” luahnya.

“Sejujurnya saya nak bagitahu kepada anda yang memohon belas kasihan dan juga bantuan, saya tak dapat nak bantu kerana saya baru kembali bekerja.

“Walaupun ketika PKP saya tiada kerja dan tiada pendapatan, saya tetap perlu bayar gaji pekerja dan menyediakan makanan untuk  37 ekor anak kucing peliharanan saya.

“Saya bukan nak mengadu, ini juga bukan curahan perasaan untuk menagih simpati, cuma saya nak bagitahu hakikatnya saya juga mempunya masalah saya yang tersendiri.

“Minta maaf saya tak dapat membantu orang lain kerana saya kena bantu diri saya sendiri.

Apapun, ujarnya lagi segala kisah kesusahan hidup dikongsikan itu tidak bertujuan cuba memohon belas kasihan dan bantuan. Sebaliknya, dia kini bersyukur sudah kembali bekerja.

Sehubungan itu, Adibah turut mengingatkan supaya semua rakyat di negara ini kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetap kerajaan supaya tiada lagi PKP yang menjejaskan pendapatan orang ramai.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hmetro