Neelofa terpaksa tunda hasrat ingin ke Indonesia.. Ini Pendedahan Neelofa mengapa terpaksa ditunda..

KUALA LUMPUR: Sambutan Aidiladha selebriti popular, Neelofa, 31, tahun ini lebih bermakna apabila dapat menyempurnakan program perdana, Ibadah Qurban Kasih Neelofa di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa yang dilancarkan Jun lalu.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata, dia juga terbabit dalam proses pengagihan daging korban menerusi pertubuhannya kepada insan memerlvk4n, selain pulang ke kampung halamannya di Kelantan bagi untuk menjalankan ibadah korban secara peribadi.

“Sambutan Aidiladha kali sangat bermakna. Tidak dinafikan, saya pernah melakukan ibadah korban sebelum ini, tetapi ia secara peribadi. Berbeza kali ini, saya dapat melakukan dalam skala yang besar.

“Selain itu, menerusi program pertama pertubuhan ini, saya dapat menyampaikan, berkongsi dan memberikan inspirasi pada orang ramai.

“Insya-Allah, pada hari raya haji kedua saya akan terbabit dengan pengagihan daging korban di Kota Bharu, manakala pada hari ketiga pula saya akan ke Besut, Terengganu,” katanya kepada BH Online.

Menerusi program Ibadah Qurban Kasih Neelofa, pertubuhannya menjalinkan kerjasama bersama RichWorks International Sdn Bhd. Dengan kerjasama itu, sejumlah 190 lembu akan diagihkan kepada golongan memerlvk4n seperti asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kembali ke bidang pengacaraan menerusi program bual bicara, Next To Neelofa yang bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 124).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Find out what “Ella rasa” on one of the episodes! @ellaaminuddins #NextToNeelofa #NTN @nexttoneelofa

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Episod pertamanya sudah ke udara pada 23 Julai lalu menampilkan Datuk Hans Isaac selaku tetamu.

“Idea program ini diperoleh sejak lima tahun lalu. Kemudiannya, Astro mencetuskan idea ini ketika hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong lalu. Jika ikutkan program ini dibuat lebih awal lagi, tetapi saya minta stesen televisyen (TV) menundanya terlebih dahulu.

“Sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia masih tertunda lagi. Tetapi, selepas itu, Astro terus memberikan tarikh bagi memulakan penggambaran.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Secara jujurnya, saya berdebar menanti maklum balas, tetapi saya bersyukur ia diterima baik selepas episod pertama,” katanya yang ditemui pada sesi sidang media, Next To Neelofa, baru-baru ini.

Program Next To Neelofa bakal menampilkan tetamu undangan ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Ella dan Chryseis Tan.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia menerima banyak tawaran lakonan, selepas mengumumkan dirinya mahu ke Indonesia mengembangkan sayap lakonannya.

“Saya mendapat beberapa tawaran lakonan filem dan drama, tetapi saya terpaksa tolak buat masa ini kerana tak mahu mengambil risiko ketika pandemik c0v1d-19,” katanya.

Bagaimanapun, mengulas perancangannya ke Indonesia, Neelofa berkata, ia terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik c0v1d-19 masih belum berakhir.

“Rasa sed1h juga apabila program baru nak bermula. Sepatutnya, menjayakan sebuah filem Islamik pada April lalu, kemudiannya sebuah program TV pada Mei.

“Disebabkan perancangan itu, saya sepatutnya menyewa rumah selama sebulan di Jakarta, manakala terbang Paris atas urusan kerja saya bersama agensi. Tetapi, tak mengapa, semua ini adalah aturan Allah.

“Saya berdoa agar seluruh dunia segera pulih daripada c0v1d-19 dan dapat kembali bekerja seperti sedia kala. Malah, saya juga berharap kita semua terhindar peny4kit berj4ngk1t ini,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH