(Video) Anak minta Fasha Sandha berhenti berlakon

Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha berkongsi video pendek yang memaparkan anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, meminta agar Fasha men1ngg4lkan dunia glamor.

Luahan itu dibuat Rayfal secara spontan selepas kasihan melihat ibunya terpaksa berdiri dan melayan peminat bergambar lebih-lebih lagi dalam keadaan Fasha yang kini sar4t mengandung.

“Kisah beberapa hari lalu… Sebenarnya keluarkan handphone untuk ambil gambar makanan.

“Tiba-tiba ada beberapa orang datang ke meja untuk ambil gambar dengan ibu (Fasha), lepas dah ambik gambar, anak sulung ibu ni luah perasaan dia.

“Rayfal suruh kita berhenti berlakon sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan.

“Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ini, baru nak luahkan,” kongsi Fasha menerusi akaun Instagramnya.

Bagaimanapun ujar Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, bidang lakonan merupakan minat utamanya.

“Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang.

“Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni? Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang,” kata isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kisah beberapa hari lalu, ..Sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food 😅 Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar, Tiba2 anak sulung ibu ni luah perasaan dia , suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan 😂 Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan. Acting is my passion sayang. Setelah hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni? Anak ibu baru 7 tahun dah pandai kesiankan ibu 🤰 kena berdiri. I love you anakku. Video ni kenangan untuk sayang. . #iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar