2 Murid Sekolah Rendah Disahkan Positif Cov1d-19 Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat dua murid sekolah rendah disahkan positif c0v1d-19 pada Isnin. 

Rakan sekelas dan keluarga pes4kit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuar4ntin.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif c0v1d-19.

Kedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian c0v1d-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada kedua-dua pes4kit.

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala dem4m. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun.- Borneo Today

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sajaheboh