‘Ros4klah Karrier Bola Sepak Kalau Bercinta Dgn Artis’

KUALA LUMPUR: Barangkali, ramai sudah dapat menghidu hubungan mesra pelakon kecil molek, Eyka Farhana dengan pemain bola sepak kebangsaan dan

kelab Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid.

Pada Februari lalu, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25.

Biarpun hanya berkongsi gambar belakang, kelibat jejaka berusia 21 tahun itu dapat ditebak ramai. Menerusi perkongsian entri Instagram, dua hari lalu, pelakon drama

Budak Tebing dam Nota Buat Cempaka itu memuat naik gambar berjalan bersama seorang lelaki dipercayai Akhyar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

⚫️⚪️

A post shared by EF ✨ (@eykafarhana) on

KOMEN NETIZEN :

rosaklah karrier bola sepak kalau bercinta dgn artis

Mm kantoi @akhyarrashid keluar dengn eyra

Ada Hati Dalam Taman

Biarpun hanya mempamerkan sudut belakang, tetapi mereka mengenakan baju belang hitam putih sedondon, sekali gus membuktikan ada hati dalam taman.

Sejujurnya, Eyka berkata, dia enggan terlalu terbuka soal cinta, apatah lagi, mereka masih dalam proses mengenal hati budi.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, Akhyar seorang lelaki yang kelakar, baik hati dan paling utama, mementingkan keluarga.

“Jika berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💫

A post shared by 🔰 اخيار راشد 🤙🏻 19 (@akhyarrashid) on

Dijolok persoalan sejauh mana hubungan dan apakah sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, Eyka tidak menolak ketentuan takdir.

“Saya hanya mengikut rentak dalam hubungan. Pastinya, saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

“Saya percaya ada jodoh pasti tak ke mana. Doalah yang baik-baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Eyka sedang melunaskan baki penggambaran drama My Sweetheart Hannan sebanyak 26 episod.

“Saya bergandingan dengan Hafidz Roshdi. Sebelum ini, penggambaran dilakukan di Romania, beberapa bulan lalu.

“Sekarang, penggambaran bersambung di Kuala Lumpur sehingga Ogos depan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

one step closer #mysweethearthannan

A post shared by EF ✨ (@eykafarhana) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Instagram Eyka, Akhyar, BH via AppleHijau

Be the first to comment on "‘Ros4klah Karrier Bola Sepak Kalau Bercinta Dgn Artis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*