“Detik Yang Berat..” – Chong Wei

SEJURUS pengumuman persaraan Lin Dan pada Sabtu, musvh tradisinya yang juga jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membuat satu perkongsian istimewa di laman Instagram.

Menurut Chong Wei, dia tahu hari bersejarah itu akan tiba selepas mereka berdua acap kali menggemparkan dunia badminton dengan pertembungan sengit selama ini.

Dalam posting sama, Chong Wei turut berkongsi foto throwback memaparkan dirinya berpelvkan dengan pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu.

“Kita tahu hari ini akan tiba. Detik yang berat dalam kehidupan kita. Kamu melabuhkan tirai dengan penuh gaya.

“Kamu adalah raja ketika kita bertempur dengan penuh rasa bangga,” tulis Chong Wei.

Dalam tempoh singkat sahaja, posting itu menerima lebih 50,000 tanda suka.

Chong Wei (kiri) membuat posting di Instagram sejurus pengumuman persaraan Lin Dan (kanan).

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai ucapan netizen yang mengagumi kedua-dua ikon sukan badminton itu.

Selain itu, ada yang menyifatkan saingan mereka berdua persis Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam sukan bola sepak selama ini.

“Kamu berdua adalah legenda. Inspirasi kepada golongan muda.

 

Kamu adalah raja ketika kita bertempur dengan penuh rasa bangga.

DATUK LEE CHONG WEI

“Kedua-duanya jaguh dalam sukan badminton.

“Pemain yang hebat. Kagum dapat saksikan perte3mbungan anda berdua. Terima kasih untuk kenangan.

“Saya sangat bertuah dapat saksikan perper4ngan antara dua legenda ini,” tulis beberapa netizen.

Dua jaguh badminton ini banyak memberi inspirasi kepada peminat sukan itu khususnya di Malaysia dan China.

Terdahulu, arena badminton dunia menerima kejutan apabila Lin Dan mengumumkan persaraannya.

Lin Dan, 36, mengumumkan hal itu menerusi platform media sosial China, Weibo pada Sabtu.

Sebelum ini, Chong Wei turut mengumumkan persaraannya atas faktor kesihatan pada 13 Julai tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar via AppleHijau

Be the first to comment on "“Detik Yang Berat..” – Chong Wei"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*