Pemuda Diberhentikan Kerja Tapi Syarikat Buat Surat Seolah-olah Pekerja Sendiri Yang Minta Untuk ‘Resign’

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, ramai yang kehilangan pekerjaan selepas majikan masing-masing terpaksa membuat keputusan untuk mengurangkan pekerja demi kelangsungan syarikat.

Malah, lebih men4kutk4n ada juga syarikat yang terpaksa berkubur sepenuhnya.

Bak kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita semua berdepan dengan unprecedented situation — namun ia bukan alasan untuk majikan mengambil kesempatan ke atas pekerja mereka.

Macam nasib yang menimpa seorang pemuda ini, habis buntu dibuatnya apabila dia diberhentikan oleh syarikat — tapi syarikat buat surat, seolah-olah pekerja sendiri yang minta untuk resign. Pelik kan?

Perkara itu dikongsikannya kepada seorang pengguna Twitter @InjangNation, bagi meminta bantuan dan pendapat apa yang harus dilakukannya apabila majikan bertindak sedemikian rupa.

Rata-rata pengguna Twitter lain yang mengikuti perkongsian itu, turut memberi pendapat mereka. Ada yang berkata, pemuda tersebut tidak perlu menandatangani surat tersebut dan terus saja buat aduan ke pejabat buruh atau jabatan tenaga kerja.

Namun malangnya, surat perletakan jawatan tersebut sudah pun ditandatangani. Lelaki itu mendakwa, ia atas arahan bahagian sumber manusia sendiri.

Apa pun, ramai juga pengguna lain yang memberi nasihat dan meminta lelaki tersebut berhubung dengan mereka secara persendirian untuk bantuan lanjut.

Rupanya, ada juga yang pernah ada pengalaman berdepan dengan syarikat seumpama ini. Sebab itu penting untuk setiap pekerja ambil maklum mengenai hak-hak mereka, agar majikan tidak boleh sesuka hati mengambil kesempatan ke atas mereka.

Kita doakan yang terbaik untuk sesama saudara ya. #KitaJagaKita kan?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : LobakMerah

Be the first to comment on "Pemuda Diberhentikan Kerja Tapi Syarikat Buat Surat Seolah-olah Pekerja Sendiri Yang Minta Untuk ‘Resign’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*