“Kur4ng Aj4r Betul” – Vir4l Screenshot Budak ‘PM Tepi’ Perdana Menteri Suruh Tund4 Sekolah

Ada juga screenshot memohon agar virus Cov1d-19 kembali, di samping memberi tips untuk dij4ngk1ti wab4k berkenaan semata-mata tidak ingin ke sekolah

Selepas hampir tiga bulan diarahkan tutup, semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan KPM.

Manakala bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Tambah Dr Radzi, pembukaan itu akan dibuat menggunakan tiga model pengoperasian yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Susulan daripada pengumuman pembukaan sekolah ini, tular pula screenshot memaparkan reaksi beberapa budak sekolah di laman sosial.

Lebih mengejutkan, siap ada yang telah ‘PM tepi’ Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Selain meminta kepada Tan Sri Muhyiddin supaya menunda pembukaan sekolah, terdapat juga yang memohon agar v1rus Cov1d-19 kembali, di samping memberi tips untuk dij4ngk1ti wabak berkenaan semata-mata tidak ingin ke sekolah.

Berikut adalah antara paparan skrin yang telah tular di laman sosial:

Perkara ini ternyata telah menaikkan kem4rahan dan membimbangkan ramai pihak yang merasakan budak-budak ini berfikiran tidak matang serta bersikap kur4ng aj4r kerana tidak menghormati pemimpin negara.

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan screenshot yang tul4r itu, namun tinjauan di laman Twitter mendapati ramai yang tidak berpuas hati dan meng4muk selepas membacanya.

Berikut adalah beberapa reaksi pengguna di laman Twitter ekoran perkara ini:

Apa pendapat korang lepas baca screenshot tu? Menyir4p kan?!

 

Sumber : Says seismik