Yi Jack tidak hil4ng tapi pergi jumpa bapanya!

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hil4ng di  Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas Setapak, Sabtu lalu, telah ditemui selamat di rumah bapanya di PPR Desa Rejang, malam tadi.

Ketua p0lis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Hay Yi Jack ditemui oleh sepasukan p0lis pada jam 7 malam.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai seorang kanak-kanak yang telah dilaporkan hil4ng.

“Kanak-kanak tersebut dijumpai dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang keced3raan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Rajab berkata, siasatan awal mendapati, lelaki yang berada di rumah itu adalah bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.

“Pada hari kejadian, kanak-kanak tersebut yang tinggal bersama datuknya di PPR Air Panas telah keluar dari rumah dan pergi ke rumah bapanya di PPR Desa Rejang atas alasan rindu ayahnya yang telah lama tidak dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke Ibu Pejabat p0lis Daerah Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Kita telah merakam keterangan bapa dan datuk kepada kanak-kanak tersebut.

“Hasil perbincangan lanjut, datuk dan bapanya telah bersetuju untuk bersama-sama menjaga kanak-kanak itu,” katanya.

Menurutnya, setelah selesai proses dokumentasi, kanak- kanak tersebut telah diserahkan semula kepada datuk dan bapanya.

“Pihak p0lis Wangsa Maju ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang diterima daripada orang ramai sehingga selesainya kes ini,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar