Kareena Kapoor Suka SRK, Tapi Paling Tak Suka Salman Khan. Ini Sebabnya

Siapa yang tak jatuh hati dengan kejelitaan aktres bollywood popular ini. Kareena Kapoor sememangnya menjadi perhatian peminat filem bollywood di dunia. Baru-baru ini Kareena memberi pengiktirafan yang menarik perhatian orang ramai mengenai pelakon yang menjadi idolanya selama ini, iaitu Shah Rukh Khan (SRK)

Malah, isteri Saif Ali Khan itu sering terlibat dalam projek filem dengan pelakon kacak lain. Tetapi Kareena masih hanya mengagumi SRK. Oleh itu, orang ramai ingin tahu tentang alasan Kareena mengidolakan hero filem Kuch Kuch Hota Hai tersebut.

Kareena adalah salah seorang artis yang berjaya dalam industri hiburan Bollywood. Wanita kelahiran tahun 1980 ini telah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular lain seperti SRK, Aamir Khan dan Salman Khan.

Tak Meminati Salman Khan

Tetapi seperti yang dilaporkan oleh Filmibeat, Kareena pernah mengakui bahawa dia bukan peminat Salman Khan.

Perkara ini diketahui semasa Kareena melakukan wawancara beberapa waktu yang lalu. Dia secara terang-terangan mendedahkan bahawa Salman adalah pelakon yang burvk.

“Saya sama sekali bukan peminat Salman. Saya tidak menyukainya, dia pelakon yang sangat burvk. “-katanya

Kareena sendiri pernah terlibat dalam beberapa projek filem dengan Salman Khan seperti dalam tajuk Main Aurr Puan Khanna, Kyon Ki, Bodyguard, Dabangg 2 dan Bajrangi Bhaijaan.

Sementara saat bicara soal Shah Rukh Khan, Kareena membuat pengakuan yang cukup berani. Kareena mengaku bahwa bapa kepada tiga anak itu memiliki penampilan yang begitu menarik, sehingga ia mengidolakan lelaki itu. Bahkan Kareena menyebut hanya Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachchan sahaja yang menjadi aktor paling dikagumi di industri hiburan India.

Manakala aktor Aamir Khan pula Kareena mulai terpikat karena karakternya dalam filem Hum Hain Rahi Pyaar Ke dan Qayamat Se Qayamat Tak. Kini, Kareena tengah bersiap untuk bekerjasama dengan Aamir Khan dalam film Laal Singh Chaddha. Namun dari ketiga aktor tampan tersebut, wanita kelahiran Mumbai India itu mengaku paling mengidolakan Shah Rukh Khan.

Khabar Angin Kareena Akan Bergandingan Dengan Shah Rukh Khan

Sehingga hari ini belum ada projek terbaru dari Shah Rukh Khan dalam perfileman. Ada ura-ura mengatakan Shah Rukh Khan akan bergandingan dengan Kareena Kapoor untuk filem terbaru berjudul Rajkumar Hirani. Tetapi dilaporkan oleh HINDUSTANTIMES, Kareena Kapoor membantah berita itu.

Sumber : murai.my