Tambang RM3,200 seorang!

USAHA membawa pulang kira-kira 5,000 penuntut Malaysia di Mesir ke tanah air dilihat antara misi sukar yang perlu didepani berikutan tambang mencecah RM3,200 seorang.

Keadaan itu menyebabkan ada antara penuntut terbabit terpaksa menjual kelengkapan dan barangan berharga bagi mencukupi kadar tambang sehala yang sebelum ini antara RM1,300 hingga RM1,500.

Pengarah Jawatankuasa Misi Bantuan Mahasiswa Mesir, Hairul Nizam Mat Husain berkata, buat masa ini lebih 1,000 orang sedang menanti dalam senarai untuk pulang namun terkandas berikutan kekangan kewangan disebabkan kadar tambang dua kali ganda tinggi apabila menggunakan khidmat pesawat sewa khas.

“Kebimbangan ialah nasib rakan kami di Mesir yang ingin pulang atas pelbagai faktor antaranya mempunyai keluarga termasuk anak kecil demi menjamin kemaslahatan mereka.

“Tidak kurang juga pelajar yang berisiko tinggi seperti s4kit yang memerlvk4n mereka pulang segera ke tanah air untuk dapat rawatan lebih baik.

“Sebenarnya usaha mendapatkan dan lebih kepada membantu menokok pembayaran tiket pulang pelajar disebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di Mesir, semalam.

Kata Hairul Nizam lagi, meskipun ikhtiar pelajar termasuklah ada dalam kalangan sudah menjual peralatan atau barang berharga milik sendiri, ia masih tidak mencukupi bagi pembelian tiket individu apatah lagi sudah berkeluarga.

ADA antara penuntut terpaksa menjual kelengkapan dan barangan berharga bagi mencukupi kadar tambang.
ADA antara penuntut terpaksa menjual kelengkapan dan barangan berharga bagi mencukupi kadar tambang.

Tambah Hairul Nizam lagi, meskipun dimaklumkan pihak kerajaan tempatan dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengenai keadaan di Mesir masih terkawal, peningkatan jumlah kes setiap hari menyebabkan ramai mahasiswa mengambil keputusan untuk pulang.

“Mahasiswa Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir bagi bukan tahun akhir sudah dimaklumkan tiada peperiksaan dan diganti dengan kerja khusus.

“Cuma dilemanya untuk pelajar tahun akhir yang masih teragak-agak hendak pulang kerana tiada kata putus daripada pihak universiti mengenai tarikh peperiksaan.

“Jadi, apabila mengikuti perkembangan di sana dengan jumlah kes sudah menginjak 31,115 selain 1,166 kem4tian, menyebabkan majoriti penuntut Malaysia di Mesir mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air,” katanya.

Hairul Nizam berharap orang ramai dapat membantu menyumbang dalam misi membawa pulang pelajar terkandas yang rata-ratanya terdiri daripada keluarga tidak berkemampuan.

Usaha jawatankuasa itu turut disokong empat badan sukarelawan Yayasan Sayang Malaysia, Yayasan Al Azhar Al Thani, Pusat Pengajian Ruwaq Jawi dan Pertubuhan Istiqomah Al-Hijrah Kota Warisan.

Bagi yang mahu menyumbang boleh berbuat demikian menerusi tabung Yayasan Sayang Malaysia (Maybank 564052114334).

ABU Bakar bersama isteri dan anak.
ABU Bakar bersama isteri dan anak.

RM10,000 kos bawa keluarga pulang

KUALA LUMPUR: “Lebih 1,000 kes baharu dilaporkan di Mesir setiap hari dan angka terkini mencatatkan lebih 31,115 dan dijangka terus meningkat.

“Keadaan itu membimbangkan saya dan isteri kerana mempunyai dua anak yang masih kecil,” kata penuntut Sarjana Pusat Pengajian Tinggi Zamalik Kaherah Mesir, Abu Bakar Razak, 34, kepada Metro Ahad, semalam.

Menurut Abu Bakar, dia dan isteri, Juhaida Abdul Hamid, 32, memutuskan untuk pulang disebabkan tiada aktiviti pembelajaran berlangsung, selain memikirkan fasiliti kesihatan di tanah air lebih sesuai untuk keperluan rakyat Malaysia.

“Kepulangan kami ke tanah air memang didorong memikirkan penul4ran w4b4k c0v1d-19 makin membimbangkan di Mesir dan untuk tinggal lebih lama hanya meningkatkan risiko j4ngk1tan peny4kit terutama kepada anak.

“Tambah pula gesaan keluarga di Baling, Kedah dan kemudahan kesihatan dalam negara lebih baik dan sesuai dengan rakyat Malaysia membuatkan kami rasa wajar untuk pulang dalam kadar segera,” katanya.

Namun, hasrat Abu Bakar membawa keluarganya pulang berdepan situasi sukar apabila memerlvk4n sekurang-kurangnya RM10,000 untuk tempahan penerbangan pulang dengan pesawat sewa khas itu.

“Memang struggle sebab sebelum ini ada pendapatan sampingan saya menjadi mutawif untuk tampung perbelanjaan, tetapi apabila c0v1d-19, tiada lagi pendapatan hasil itu.

“Jadi, usaha saya dan isteri dalam mengumpul kekuatan kewangan bagi pembelian tiket pulang menerusi jualan kuih ketika puasa dan raya selain juadah nasi Arab dalam talian.

“Sumber lain seperti bantuan zakat negeri dan Bantuan Prihatin Nasional turut disimpan untuk kelangsungan selain buat tambahan tabungan bagi tiket untuk pulang,” katanya yang juga belajar di atas pembiayaan sendiri.

Sementara itu Pelajar Tahun Akhir Jurusan Syariah Universiti Al Azhar, Kaherah , Nurul Afifah Ali, 24, berkata, dia hanya akan pulang selepas selesai menduduki peperiksaan akhir sepatutnya pada Julai nanti.

“Saya dan rakan pada tahun akhir memang berharap peperiksaan seperti yang dijadualkan dan kami boleh menamatkan pengajian dengan lancar tahun ini.

“Tidak dinafikan ada juga rakan terpaksa akur dengan desakan keluarga supaya pulang ke tanah air kerana khuatir dengan situasi penul4ran c0v1d-19 yang semakin meningkat,” katanya.

Kata Nurul Afifah, dia yang juga pelajar tajaan Pejabat Agama Negeri Kedah bernasib baik masih mempunyai simpanan selain keluarga mampu menaja pulang.

“Yuran dan sara diri adalah tajaan pejabat agama negeri sementara saya juga melakukan kerja sampingan untuk tabungan di sini.

“Cuma kasihan ada rakan yang tidak bernasib baik terutama daripada keluarga kurang berkemampuan tidak dapat pulang meskipun mahu berbuat demikian.

“Ada juga cerita rakan yang datang daripada keluarga susah berkongsi kesusahan ibu bapa mereka sanggup jual barang berharga dan harta semata-mata untuk bawa anak mereka pulang,” katanya.

Kata Nurul Afifah, daripada 22 rakan sekelas, hanya 10 yang masih tinggal untuk menjalani peperiksaan akhir.

“Ketika ini masih menanti keputusan pihak universiti sama ada peperiksaan akhir Julai nanti.

“Namun kami optimis pihak universiti akan melaksanakan peperiksaan dengan standard operasi ketat dalam menjamin keselamatan pelajar yang ada,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HMetro