Selepas Ahmad Idham Dilantik Semula Menjadi CEO Finas, Zed Zaidi Bagi Kata-Kata Pedas Buat Ahmad Idham

Menerusi laman Instagram, Zed atau nama sebenar Rozaidi Jamil mengucapkan tahniah kepada Ahmad Idham dan berharap pengarah itu belajar daripada kesilapan lalu.

PESANAN ZED ZAIDI KEPADA AHMAD IDHAM

“Tahniah my bro Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO Finas. Satu sahaja yang saya nak pesan belajar daripada kesilapan lepas.

“Kena faham mana kawan, mana lawan dan yang paling penting jangan meroy4n!

“Belanja makan durian tak apa sebab dah musim,” tulis Zed di laman tersebut pada Sabtu.

Sebelum itu, dalam satu kenyataan Finas mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham sebagai CEO agensi itu untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Jun hingga 6 Jun 2022.

Pada 9 Disember tahun lalu, permohonan Ahmad Idham untuk menamatkan perkhidmatannya setahun lebih awal iaitu pada 10 Mac lalu atas sebab peribadi diluluskan agensi berkenaan.

Justeru itu, Zed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Finas meluluskan permohonan tersebut tanpa merujuk kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo terlebih dulu.

Ahmad Idham bersama bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Zed mendakwa ada pihak berkepentingan cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MSTAR ONLINE