KPDNHEP Pantau Premis Perniagaan,145 Premis Diberi Nasihat, Sembilan Diberi Amar4n Ingk4r SOP

e-SSM Portal

KUALA LUMPUR: Sebanyak 145 premis perniagaan diberi nasihat dan sembilan premis lagi diberi amar4n kerana tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan 2,005 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemeriksaan KPDNHEP mendapati 1,851 premis mematuhi SOP ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh.

“Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan sepanjang musim perayaan kerana ia dijamin mencukupi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH

Be the first to comment on "KPDNHEP Pantau Premis Perniagaan,145 Premis Diberi Nasihat, Sembilan Diberi Amar4n Ingk4r SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*