“Rancangan menyambut Syawal di negara kanggaru tidak kesampaian”- Ini Reaksi Dayah Bakar Yang Kini Hamil Enam Bulan…

KUALA LUMPUR: Mengikut perancangan asal, pengacara dan penyanyi, Dayah Bakar mahu beraya dengan suami tercinta, Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas di Australia.

Namun, berikutan pandemik c0v1d-19, rancangan menyambut Syawal di negara kanggaru tidak kesampaian.

Kali pertama beraya tanpa suami yang juga pegawai tentera berpangkat kapten, Dayah yang hamil enam bulan, reda dengan suratan tertulis.

“Pada awal kehamilan, saya ada kesempatan ‘terbang’ ke Australia melawat suami. Tetapi tidak kesampaian kerana saya berdepan alahan.

“Melepasi trimester pertama, saya merancang pergi ke Australia dan terus menetap di sana sehingga Aidilfitri. Malangnya, dunia diuji penul4ran c0v1d-19 pula.

“Ketika itu, saya sudah meminta pelepasan daripada produksi Borak Kopitiam di TV3 malah menyediakan baju sedondon dengan suami.

“Namun, akhirnya, kita hanya merancang tetapi Tuhan menentukan,” katanya kepada BH Online.

Dayah atau nama sebenarnya, Nurhidayah Abu Bakar berkata, suami mula bertugas di Australia sejak awal tahun ini.

“Saya hanya mampu berdoa pandemik ini segera pulih. Saya diberitahu sektor penerbangan juga masih disekat.

“Saya tidak pasti bila dapat berjumpa suami di depan mata,” katanya.

Dayah berkata, dia menghubungi suami melalui panggilan video pada pagi 1 Syawal.

“Selepas itu, saya sibuk bersiap untuk mengacarakan siaran langsung Borak Kopitiam,” katanya.

Mengenai jantina anak, Dayah enggan berkongsi perkara itu.

“Biarlah disimpan sebagai rahsia. Insya-Allah saya dijangka bersalin September depan,” katanya.

Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Sedih lepaskan suami bertugas jauh, ramai alami ‘situasi’ seperti Dayah Bakar

Apabila bercerita tentang bercinta mahupun berkahwin dengan lelaki yang mempunyai kerjaya seperti askar, pastinya ramai sudah dapat meneka cabaran dan dugaan perlu dihadapi oleh isteri.

Bagaimanapun, itu sudah menjadi tanggungjawab seorang askar yang mana mereka perlu bersedia untuk melindungi keselamatan negara pada bila-bila masa.

Perkara seperti ini juga dihadapi oleh personaliti TV terkenal Dayah Bakar apabila perlu redha untuk melepaskan orang tersayang demi tanggungjawab. Apatah lagi, dengan tugasan yang perlu dipikul suami, Muhammad Hanif Hamidi yang berkerja sebagai pegawai tentera berpangkat kapten.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Pahlawan, satriaku 💚 Meski mungkin ada yang tidak memahami, apatah lagi menghargai dan menghormati tugasanmu yang berbekalkan keringat dan darah, malahan nyawa yang dipertaruhkan , aku disini mendukung sosok pahlawan yang bernama suami, anugerah kebaikan dari Tuhan kepadaku . Berjuang atas nama cinta dan perjuangan hanya untuk yang terpilih sahaja . Dengan ini saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada semua pasukan keselamatan negara yang bertugas, juga kepada mereka yang telah pergi dalam menjalankan amanah. Tidak dilupakan juga semua wanita-wanita kuat yang menjadi srikandi dalam mendukung moral , kebahagiaan kehormatan pahlawan-pahlawan negara. Salam hormat , DB

A post shared by YOUTUBE : DAYAH BAKAR CHANNEL (@dayahbakar) on

Menerusi satu perkongsian daripada Dayah Bakar baru-baru ini mengundang sebak ramai apabila turut merasai pengalaman sepertinya.

Kelihatan Dayah Bakar melalui video, dia dilihat menghantar suaminya ke lapangan terbang kerana perlu bertugas dan dirinya terpaksa akur dan kuat untuk melepaskan suami tercinta.

Suami Dayah Bakar bertugas

Ternyata, perkongsian daripada Dayah Bakar menerusi Instagram mendapat perhatian pengikut yang ada diantaranya juga mengalami perkara yang sama seperti dia.

Sememangnya situasi seperti itu netizen akui memang sedih apabila memiliki suami askar seperti Dayah Bakar dan turut membuatkan mereka menangis.

Personaliti TV ini dan suami mengenali satu sama lain sejak daripada bangku sekolah dan pada 29 Jun 2018, mereka disatukan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH