Kerap Dilihat Naik Kereta Mewah Yg Berbeza. Ini Pendedahan Harga Dan Jenis Kenderaan Dimiliki Syahmi Sazli

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber terkenal Di Malaysia ini yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan dilihat melonjak naik.

Klip Rakaman video drama drama pendek yang sudah dihasilkan dan ianya dimuat naik di saluran Youtube miliknya telah mendapat perhatian yang menggalakkan dari rakyat Malaysia, ini kerana penonton amat terhibur dengan gelagat bintang utama Yoe dan Asif. Kebanyakan rakaman video mereka itu adalah lakonan secara spontan dari mereka.

Daripada saluran itu kini beliau mempunyai 2.25 juta pengikut dan dan mencatatkan jutaan jumlah tontonan untuk setiap rakaman klip video yang telah dihasilkan oleh nya.

Syahmi juga dikhabarkan memperoleh pendapatan hasil karyanya di Youtube yang dianggarkan puluhan ribu bahkan mencapai ratusan ribu ringgit sebulan. Dengan hasil pendapatan tersebut, Syahmi juga dikatakan mampu memiliki beberapa buah kenderaan untuk kegunaan hariannya dan untuk digunakan bagi memudahkan proses pembuatan video video nya.

Dibawah ini, senaraikan beberpa buah kenderaan milik Syahmi Sazli youtuber Malaysia ini

Toyota Alphard

Syahmi dilihat memandu sebuah Toyota Alphard pada awal tahun 2019. Kini, MPV mewah ini berharga sekitar RM300,000 keatas.

Ford Ranger

Dalam kerjayanya, kelibat jentera ini sering dilihat dan ia sering digunakan dalam proses pembuatan video pendek. Anggaran harga untuk jentera ini ialah RM80,000.

Honda Jazz

Honda Jazz telah diguna oleh Syahmi sejak zaman cintanya dengan isteri, Anissa Faizul. Jentera ini juga banyak digunakan dalam drama pendek.

Baru-baru ini Syahmi telah menukar warna jentera ini kepada warna kuning dengan menggunakan kaedah “wrap“. Anggaran harga untuk jentera ini pada masa ini ialah RM40,000.

Toyota Yaris

Syahmi Sazali jarang dilihat memandu kereta ini, namun berdasarkan akaun Instagram isterinya iaitu Anissa Faizul, terdapat gambar yang memaparkan Anissa bergambar dengan kereta tersebut.

Tidak dapat dipastikan kereta ini milik Syahmi atau tidak kerana tiada gambar atau video yang menunjukkan Syahmi atau Anissa memandu kereta tersebut.

Perodua Alza

Syahmi Sazli menggunakan kereta ini pada sekitar tahun 2018 untuk sesi photo shoot dan urusan penggambaran video. Kini MPV ini dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

Ford Mustang

Hasil berkarya di Youtube selama beberapa tahun, Syahmi kini dilihat memandu dan bergambar bersama sebuah Ford Mustang. Jentera keluaran syarikat pengeluar kenderaan dari Amerika Syarikat tersebut dianggarkan berharga sekitar RM250,000.

Yamaha NVX

Selain kereta, Syahmi Sazli juga memiliki motosikal keluaran dari syarikat Yamaha iaitu NVX. Motosikal ini merupakan kenderaan yang digunakan untuk kegunaan harian Syahmi. Anggaran harga untuk motosikal ini ialah RM12,000.

Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu.

Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat.

Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan.

Namun siapakah sebenarnya pemuda yang baru sahaja berusia 24 tahun ini? Berikut Iluminasi kongsikan butiran biodatanya.

Biodata Syahmi Sazli

1. Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.

2. Lahir pada 23 Mac 1995.

3. Berusia 24 tahun.

4. Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.

5. Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu.

6. Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor.

7. Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

8. Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet.

Biodata Ringkas Yoe Parey dan Asif

Merupakan rakan gandingan Syahmi dalam ‘drama spontan’.

Nama sebenar Asif ialah Muhamad Asif bin Suhaimi, manakala Yoe Parey pula, Muhd Ashrul Hakim Lukman.

Asif yang berusia 17 tahun berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu dan merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

Yoe turut menyara kehidupannya sebagai peniaga pisang goreng di gerai yang diusahakan bersama abangnya.

Yoe merupakan peminat nombor satu aktres Bella Astillah.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli, Anissa Faizul / mediakita

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Apple Hijau