“Rajin Baca Al-Quran & Menjaga Solatnya” – Keperibadian Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Yang Sangat ‘Humble’

Masih tertanya apakah latar belakang sebenar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat tenang dalam menghadapi situasi penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Beliau merupakan ketua para pejuang barisan hadapan yang setiap hari dilihat begitu sibuk dalam memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan. Sehingga artikel ini ditulis kes c0v1d-19 ini sudah mencatatkan 26 kem4tian dengan jumlah keseluruhan 2,161 kes.

Dalam pencarian di laman sosial mengenai diri Datuk Dr. Noorhisham beliau yang sentiasa bersikap tenang ini rupanya beliau adalah dari keturunan Cina Muslim.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook dan Twitter memberitahu perkara yang sama.

Kredit Foto: Twitter KKM

Sedikit latar belakang ringkas Dr Noor Hisham Abdullah 

Datuk Dr Hisham ini ialah anak angkat Al-Marhum Ustaz Nik Mahyuddin dan juga menantunya. arw4h Ustaz Nik Mahyuddin ni mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Pengasas SMKA dan pernah jadi Pengetua KIK aka KISAS.

Dr. Norhisham berkahwin dengan anak bongsu Ustaz Nik Mahyuddin, Nik Wahidah, adik kepada Mantan Pengarah IPG KPI, Ustazah Nik Samihah.

Ustaz ini ambil Dr. Norhisham dari keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew masa dia form one kemudian dimasukkan ke Kolej Islam Klang (KIK) atau sekarang dikenali nama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) masa Form 4. KIK Class of 80 (ALKIS 80) dan masuk matric UKM kat SAS Cheras. First Degree dan Master dari UKM.

Kredit Foto: Twitter KKM

By the way, for everyone’s inform4tion. The 2 main doctors who are dealing with the c0v1d pandemic are:

1. Dato Dr Nor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

2. Dato Dr Christopher Lee, Head of Infectious Disease, KKM

Kedua-dua mereka beragama Islam & berbangsa Cina.

Banyak jasa bangsa Cina (Muslim) sebenarnya terhadap negara Malaysia.

Ramai yang tidak tahu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia itu adalah seorang Cina Muslim. Sangat rajin membaca Al-Quran dan menjaga solat walau di tempat dan saat sukar.

Moga Allah pelihara mereka yang mengetuai perjuangan barisan hadapan dalam menangani w4b4k c0v1d-19, sehingga kita berjaya melalui ujian Allah yg kuat ini dgn pertambahan iman tinggi dan aqidah yg mantap. Ameen.

اللهم اغفر للمرحوم الأستاذ نيء محيي الدين، وارحمه وعافه واعف عنه.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kashoorga