KKM jangka kes Covld-19 meningkat esok, lusa. Semua berpunca dari sini

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menjangkakan jumlah kes baru Covi1d-19 akan lebih tinggi pada dua hari akan datang kerana proses pemeriksaan yang berterusan di tiga depoh imigresen.

“Setakat ini kami telah memeriksa tiga (depoh imigresen) iaitu depoh Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

“Kami masih menunggu (beberapa) hasilnya, ujian telah dilakukan, kami menunggu hasilnya dalam masa 24 jam ke depan ini.

“Jadi hari ini, esok dan lusa, kami menjangkakan peningkatan kes,” kata Noor Hisham pada sidang media Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Beliau menjelaskan kluster jangk1itan di depoh imigrasi telah diasingkan dan mereka yang diuji positif Cov1id-19 telah dihantar ke h0sp1tal untuk dikuarantin.

Noor Hisham turut memaklumkan daripada 66 kes positif yang dikesan dalam kluster depoh imigresen Semenyih, hanya seorang sahaja warganegara Malaysia yang merupakan kakitangan pentadbiran di depoh itu.

Ketika Kementerian Kesihatan sedang memeriksa semua orang di depoh imigresen, sama ada mereka yang ditahan atau kakitangan dan pegawai depot, Noor Hisham berkata pihaknya berjaya mengenal pasti seorang kakitangan pentadbiran yang positif Cov1id-19.

Bagaimanapun, kata Noor Hisham KKM masih belum pasti sama ada kakitangan pentadbiran itu dijangki1ti Covi1d-19 daripada tahanan di depoh atau daripada masyarakat di luar.

Walau apa pun, jelasnya, KKM akan melakukan pemeriksaan terhadap keluarga kakitangan tersebut serta pengesanan kes aktif untuk kontak rapat dan yang berkaitan dengan staf pentadbiran itu.

Usah bimbang, depoh imigresen terasing, terkawal – KP Kesihatan

Orang ramai tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes Cov1id-19 yang dikesan di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI) kerana DTI merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, p0lis Diraja Malaysia dan agensi lain kerajaan bagi pengurusan kes Covi1d-19 yang melibatkan DTI.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MV