Sebelum kahwin ditudvh mata duitan, selepas jadi isteri terb0ngkar suami hut4ng keliling pinggang! – “Majlis belah lelaki agak grand…”

SEKADAR bertanya komitmen bulanan bakal suami, namun dia pula ditudvh sebagai wanita mata duitan.

Enggan mengeruhkan keadaan, wanita itu tidak lagi bertanyakan hal berkenaan sehinggalah semuanya terbongkar selepas dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.

Demikianlah luahan hati seorang wanita yang kini dikongsi sehingga tular di media sosial.

“Sebelum kahwin saya ada tanya bakal suami tentang komitmen bulanan dia. Tapi dia tak nak bagitahu. Dia rahsiakan.

“Bila saya tanya banyak kali, dia kata sejak bila saya jadi mata duitan? Kemudian saya dah tak tanya. Jadi selepas kahwin dengan dia, nak beli rumah jumpa pegawai bank baru dia declare hut4ng.

“Terkejut saya. Semua hut4ng dia ada. Personal loan RM30,000, kad kredit RM20,000,” dakwa wanita itu.

Kata wanita itu, dia ditudvh mata duitan akibat bertanya mengenai kewangan suaminya sebelum mereka berkahwin. -Gambar hiasan

Lebih mengejutkan katanya, pinjaman peribadi RM20,000 itu dibuat untuk membiayai majlis perkahwinan mereka.

Malah, perkara itu dibuat secara sembunyi di belakangnya, sekaligus membuktikan sangkaannya selama ini salah.

 

Bila saya tanya banyak kali, dia kata sejak bila saya jadi mata duitan? Kemudian saya dah tak tanya.

ISTERI MALANG

“Sebelum kahwin dia kata dia kumpul duit. Majlis belah lelaki agak grand buat di hotel.

“So saya ingat hasil kumpul duit selama tiga tahun. Lepas kahwin baru kant0i,” luah wanita itu lagi.

Paparan skrin luahan itu dikongsi pelayar Twitter @alffm_ sehingga menerima lebih 13,000 ulang kicau (Retweet).

Wanita itu tidak menyangka suaminya sanggup buat pinjaman untuk majlis kahwin mereka. -Gambar hiasan

Malah, ramai netizen turut memberi pendapat mereka mengenai hal itu.

“Before kahwin please lah declare your commitment dekat partner masing-masing.

“Kesian. Yang dapat tempias nanti anak-anak juga.

“Ada lagi manusia berhutang sebab nak kahwin, nonsense. Ni bukan tahun 2005.

“Buat personal loan untuk kahwin ni sangatlah menjerat diri sendiri, majlis sehari, beban hutang bertahun-tahun,” tulis netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar