“Bank untuk sistem sekuriti makanan”- Kr1sis C0vid-19 Mungkin Menjadi Titik Perubahan Kepada Sekuriti Makanan Di Malaysia..

SESEBUAH negara disifatkan mempunyai sekuriti makanan apabila individu, isi rumah atau semua rakyatnya boleh mendapat makanan yang cukup, selamat dan berkhasiat untuk hidup sihat dan aktif. Ia merangkumi empat dimensi termaksuk ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan dan kesetabilan bekalan makanan. Melihat daripada skop ini, secara umumnya negara kita tiada masalah sekuriti makanan di mana Malaysia berada di kedudukan ke-40 dari 113 negara oleh Global Food Security Index 2018. Bagaimanapun isu yang dibimbangi adalah ketidakpastian kestabilan bekalan makanan kerana kadar sara diri yang tidak mencukupi, import bersih yang semangkin meningkat dan corak permintaan makanan yang sentiasa berubah citarasa.

Oleh kerana pandemik itu menyebabkan penutupan dan sekatan eksport, ia secara tidak langsung menampakkan kelemahan Malaysia untuk mengatasi kesulitan rantaian bekalan makanan, turun naik pasaran komoditi dan cabaran berkaitan pengedaran serta penghantaran bekalan makanan.

Memandang ke hadapan, bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dengan kualiti, khasiat dan citarasa yang dikehendaki serta harga yang mampu beli, sekuriti makanan tidak boleh dilihat daripada segi keuntungan pelaburan semata-mata, tetapi daripada sudut pulangan sosial. Dalam hal ini pulangan daripada insentif kerajaan serta pelaburan dalam sektor makanan adalah keamanan dan kedaulatan negara.

Dalam situasi seperti itu, negara yang biasanya tidak bergantung kepada bantuan global harus memperkasakan para petani mereka untuk menanam lebih banyak tanaman.

Pada masa yang sama, mereka juga harus mempunyai simpanan yang cukup dan berkesan bagi memastikan hasil tanaman mereka dapat bertahan untuk tempoh masa yang lama.

Kombinasi infrastruktur dan teknologi yang canggih amat kritikal dalam membantu menormalkan turun naik harga pasaran makanan tempatan daripada kekurangan bekalan, yang disebabkan oleh sekatan politik, ketidakcekapan pasaran, masalah alam sekitar, atau krisis kesihatan awam.

Teknologi penyimpanan makanan secara radikalnya akan meningkatkan tahap sekuriti, keselamatan dan kualiti makanan dengan mengurangkan kadar kerosakan bekalan makanan, membangunkan simpanan komoditi dan memastikan penyimpanan untuk jangka masa panjang yang optimum. Ini secara tidak langsung akan mengimbangi pengurangan bekalan secara mengejut.

Untuk beberapa dekad lagi, kita harus bersiap sedia menghadapi bencana alam, kepadatan penduduk yang tinggi, kemungkinan kemunculan pandemik baharu yang berulang − kesemuanya menekankan keperluan yang mendesak untuk membina sistem pertanian berdaya tahan.

Negara yang secara proaktif mengintegrasi kaedah baharu ke dalam rancangan pembangunan mereka akan lebih bersedia berhadapan dengan krisis terbaru kelak dan dengan asas yang kukuh untuk pertumbuhan lestari.

Negara yang makmur dari segi ekonomi untuk beberapa dekad yang lepas memiliki beberapa ciri yang sama iaitu kepimpinan komited untuk berdikari dan menjalankan pentadbiran dengan baik; menyokong perancangan jangka masa panjang merangkumi sektor awam terhadap pembangunan infrastruktur dan menggunakan teknologi terkini untuk menyokong dan memberi kecekapan kepada pembangunan ekosistem agronomi swasta.

Pembangunan sektor pertanian menjadi lebih holistik apabila kita menilai keseluruhan rantaian pertanian.

Pembangunan sektor pertanian menjadi lebih holistik apabila kita menilai keseluruhan rantaian pertanian. Gambar hiasan.

Pembangunan sektor pertanian menjadi lebih holistik apabila kita menilai keseluruhan rantaian pertanian. Gambar hiasan.

Bantu

Strategi yang berjaya adalah hasil gabungan; penyertaan pihak berkepentingan terutamanya mereka yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai dan keperluan akses latihan dan pendidikan serta memenuhi input dan sumber termasuk kewangan dan pasaran.

Ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan petani dan meningkatkan kecekapan operasi pemprosesan dan pengilangan makanan.

Pengguna dapat menikm4ti kualiti makanan yang lebih baik daripada sumber makanan tempatan dan mendapat keuntungan daripada harga yang lebih rendah daripada rizab komoditi yang lebih mendalam.

Penggunaan teknologi penyimpanan makanan canggih untuk menyimpan bijirin dan kekacang dalam jumlah yang besar (dan komoditi lain) ketika tahap pengeluaran tinggi dan harga di bawah tekanan, membolehkan pembelian tanaman semasa pada harga rendah.

Tindakan itu sama seperti membantu para petani dengan menstabilkan harga pasaran sambil membina jumlah komoditi untuk disimpan.

Penggunaan teknologi penyimpanan makanan canggih membantu para petani dengan menstabilkan harga pasaran sambil membina jumlah komoditi untuk disimpan. Gambar hiasan.

Penggunaan teknologi penyimpanan makanan canggih membantu para petani dengan menstabilkan harga pasaran sambil membina jumlah komoditi untuk disimpan. Gambar hiasan.

Komoditi ini dapat disimpan untuk bertahun-tahun dan diambil kira sebagai aset − dengan cara yang sama aset diterima bank tradisional.

Matlamat akhir proses itu adalah untuk mewujudkan ekosistem yang boleh disimpan dalam bank yang akan menarik pelaburan daripada kerajaan, dana mahsul (sovereign funds), dana institusi dan pelabur swasta lain − semuanya disokong rizab fizikal komoditi yang boleh dikatakan mempunyai nilai asas praktikal berbanding mata wang fiat.

Semasa krisis ini atau krisis yang lain, negara harus mengambil kesempatan untuk meningkatkan ekosistem pertanian mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan rakyatnya.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Malaysia meningkatkan kecekapan agronomi dan kemudahan penyimpanan bekalan makanan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian