“Peluang sekali seumur hidup”- Tiada Solat Sunat Aidilfitri Secara Berjemaah…

e-SSM Portal

“APABILA agensi berkaitan mengumumkan tiada solat sunat Aidilfitri secara berjemaah, saya terus membuat rujukan dan bertanya kepada ustaz berhubung aturan solat sunat berkenaan.

“Mungkin ada orang cakap…ia hanya solat sunat, buat apa nak sungguh-sungguh. Saya berfikir sebaliknya, ini peluang kita sebagai ketua keluarga, cuba kita kira berapa kali sepanjang hayat, kita mengimamkan solat sunat Aidilfitri,” kata Mohd Fadly Daud, 42, yang tidak sabar untuk mengimamkan solat sunat Aidilfitri bersama keluarganya.

Mohd Fadly antara ramai kalangan bapa yang kini boleh dianggap ‘pakar’ sebagai imam walaupun pada awalnya umpama ‘imam terjun’ bagi solat sunat Tarawih namun ia adalah hikmah besar di sebalik w4b4k yang sedang melanda dunia.

Jika petugas kesihatan dikategorikan sebagai ‘petugas barisan depan’ untuk mendepani w4b4k c0v1d-19, ketua keluarga yang bersama-sama mengimarahkan ibadat sepanjang Ramadan juga boleh dikategorikan sebagai ‘barisan depan’ sebagai imam di rumah bersama keluarga serta anak-anak.

Mohd Fadly berkata, sepanjang Ramadan, dia dan keluarga tidak pernah tinggal solat sunat Tarawih berjemaah, malah turut melaksanakan solat fardu bersama-sama dan dia mengakui mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga.

“Mula-mula memang risau namun selepas banyak kali mengimamkan solat waktu, saya jadi yakin untuk menjadi imam Tarawih. Sebelum ini pun saya sering menjadi imam untuk keluarga cuma untuk Tarawih, ia berbeza sedikit kerana ada selawat dan aturan tertentu.

“Isteri dan anak juga gembira kerana tidak perlu lagi solat sunat Tarawih bersendirian dan kali ini, kami akan mendirikan solat sunat Aidilfitri. Alhamdulillah, tanpa disangka, banyak hikmah yang kita peroleh,” katanya.

Berkaitan solat sunat Aidilfitri, katanya, dia sudah berkali-kali melakukan ‘ulang kaji’ berhubung aturan serta rukun solat termasuk kaedah melakukannya selain menghubungi beberapa pakar agama untuk rujukan.

“Kali ini, biar saya selaku ketua keluarga jadi imam, ia pasti lebih berkat malah mungkin lepas ini tidak akan ada peluang seperti ini lagi.

“Ini waktu terbaik ketua keluarga untuk menjadi imam solat Aidilfitri dan mungkin juga memori sepanjang hayat,” katanya.

Sementara itu, pendakwah, Mohd Taufik Che Age, 29, berkata, dia turut akan melaksanakan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga.

“Kebetulan, jumlah ahli keluarga saya besar dan saya tinggal bersama mereka. Jadi kita sudah buat aturan siapa yang akan takbir pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

“Matlamat saya ialah untuk membawa suasana sama seperti di masjid.

“Insya-Allah, kita juga akan membaca khutbah mengikut kesesuaian. Ini peluang yang baik untuk kita melaksanakan tanggungjawab yang jarang diperoleh,” katanya.

KAZIM ELIAS
KAZIM ELIAS

Bacaan khutbah bukan alasan tinggal solat sunat Aidilfitri

KUALA LUMPUR: “Jangan jadikan alasan khutbah untuk solat sunat Aidilfitri menghalang kita mendirikan solat berkenaan, khutbah sunat dilakukan…jika tidak tahu, boleh terus mendirikan solat sunat dengan aturan yang begitu mudah.

“Ini mungkin pengalaman pertama dan mungkin juga terakhir kita berpeluang untuk dirikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di rumah, jadi jangan lepas rebut peluang ini. Ia mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup kita.”

Demikian nasihat pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz yang menyeru kepada ketua keluarga untuk merebut peluang menjadi imam solat sunat Aidilfitri bersama keluarga memandangkan ia peluang yang sukar untuk diperoleh.

Mohd Kazim berkata, banyak hikmah penul4ran c0v1d-19 yang Allah SWT ingin tunjukkan dan jangan sia-siakannya kerana ia mungkin berlaku sekali saja sepanjang hayat.

“Solat sunat Aidilfitri ini tidak sukar untuk dilaksanakan, ia sama seperti solat fardu cuma ia mempunyai khutbah. Soal khutbah pula, ia memang ada aturannya dan jika ketua keluarga rasa ia sukar, tidak perlu untuk membaca khutbah, boleh terus solat sunat.

“Bagi ketua keluarga yang mungkin mahu membaca khutbah, khutbah ini boleh dijadikan dalam bentuk ucapan atau tazkirah ringkas asalkan memenuhi rukun yang ditetapkan. Tetapi kalau ketua keluarga tidak tahu, boleh teruskan solat.

“Jangan jadikan alasan itu untuk kita men1ngg4lkan solat sunat Aidilfitri, walaupun ia sekadar solat sunat namun jangan lepas peluang ini. Kita tidak pernah menyangka akan menyambut hari raya dalam keadaan begini, Allah SWT turunkan pandemik ini bersama-sama dengan hikmah dan rahmat,” katanya.

Menyentuh soal aturan untuk mendirikan solat sunat, beliau berkata, solat ini boleh dilaksanakan pada sebelah pagi iaitu sekitar jam 8.30 pagi bersama-sama dengan isteri atau anak-anak.

Katanya, lafaz niat adalah ‘sahaja aku solat sunat Aidilfitri, dua rakaat (imam atau makmum) kerana Allah Taala dan terus mengangkat takbiratul ihram diikuti dengan doa Iftitah sehingga tamat.

“Selepas selesai membaca doa Iftitah, kita harus mengangkat takbir sebanyak tujuh kali dan setiap selang takbir berkenaan perlu dibaca tasbih dan selepas selesai, perlu membaca surah al-Fatihah diikuti surah lazim.

“Perbezaan dengan solat biasa adalah bilangan takbir saja, rakaat kedua pula bilangan takbir sebanyak lima kali dan selang takbir itu dibaca dengan tasbih. Selepas itu, perlu dibaca surah al-Fatihah dan mana-mana surah lazim serta meneruskan solat sehingga salam.

“Kalau sesiapa yang duduk sendiri iaitu tinggal seorang tidak perlulah khutbah, cukup dengan mendirikan solat sunat. Bagi yang berkeluarga boleh cuba membaca khutbah atau mempelajari rukun khutbah di mana-mana laman web jabatan agama, semoga kita terus menghidupkan hari-hari dengan ibadat seperti Ramadan,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Metro

Be the first to comment on "“Peluang sekali seumur hidup”- Tiada Solat Sunat Aidilfitri Secara Berjemaah…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*