500 kenderaan cuba rentas negeri diarah patah balik

PUTRAJAYA – Tindakan kompaun akan dikenakan ke atas pemandu yang masih berdegil melanggar larangan rentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih terdapat individu yang ingkar larangan berkenaan dengan memberi pelbagai alasan untuk pulang ke kampung.

“Mesyuarat hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak p0lis.

“Saya harap tidak perlu sampai kompaun. Duit bayar kompaun boleh bayar benda lain. Patuh setiap arahan kerajaan,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata, semalam pihak p0lis masih menggunakan budi bicara dan amaran apabila kira-kira 500 kenderaan yang cuba merentasi negeri dengan alasan balik kampung diarahkan berpatah balik.

“Sekatan telah bermula dan tindakan telah diambil.

“Sebanyak 146 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri dilakukan dan sebanyak 238,500 kenderaan telah diperiksa,” katanya.

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian