Ashraf Muslim Syukur Dipilih Allah Sebagai Pesakit COVID-19

Sudah seminggu dibenarkan pulang dan bebas daripada c0v1d-19, Ashraf Muslim mengakui rinduk4n rakan di Wad 31, h0sp1tal Sungai Buloh. Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Ashraf berkata, apabila disahkan positif c0v1d-19, dia agak bimbang kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, namun apabila dikuarantin dia tidak langsung merasa bosan kerana pelbagai aktiviti dilakukan bersama pes4kit lain.

“Bagaimanapun, selepas berada di wad, saya sangat bersyukur kerana Allah memilih untuk menguji saya. Selama lebih tiga minggu dirawat, segala kebimbangan saya meleset. Saya sebenarnya tidak sempat merasa bosan langsung sepanjang di wad.

“Walaupun ibadah puasa yang kami jalani di wad tidak sesempurna seperti di rumah yang meriah dengan pelbagai juadah, tetapi nikmatnya tidak sama seperti apa yang saya lalui di wad. Bagi saya nikmat yang dikecapi sepanjang dirawat tidak akan saya perloleh di mana-mana, katanya.

Katanya, sepanjang menjalani rawatan, dia mengisi masa dengan pelbagai perkara bermanfaat bersama keluarga baharu yang dikenalinya. Malah, sentiasa solat berjemaah bersama membuatkan hubungan mereka menjadi semakin rapat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Seorang demi seorang kawan-kawan ku di Wad 31 meninggalkan wad.. Perasaan sedih bercampur gembira yg melanda setiap diri kami bila moment ini berlaku. Dan yang pasti lambat atau cepat kami semua tetap akan meninggalkan wad ini walaupun silaturtahim antara kami telah bertaut erat seperti keluarga. Allahuakbar.. Banyak perkara yg saya belajar di wad ini. Saya doakan semua selamat pulang ke destinasi bersama keluarga tercinta dan jgn lupa kita apa yg kita belajar kehidupan disini yg baiknya kita sampaikan mereka diluar sana… Kawan-kawan.. we are #CovidFighter and #SubuhFighter teruskan! . . #Wad31 @ammarmatbah99 @abu.t_jayb @him_aziz @zafar_alfath @bi_pop @alongaiman25 @zul_helmi.32

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

“Jadual padat dengan pelbagai aktiviti ker0hanian sepanjang Ramadan membuatkan saya terasa seperti berada di Makkah. Rutin saya biasanya bermula jam 11 pagi, selepas bangun dan membersihakan diri, saya akan bersiap-siap untuk bertadarus sehingga jam 3 petang.

“Sementara menunggu solat Asar, saya berehat sebentar. Selain solat jemaah, aktiviti kami juga diisi dengan sesi takzirah, bacaan kitab hadis dan bercerita mengenai kebesaran Ilahi. Melakukan semua aktiviti bersama terutama solat jemaah membuatkan kami menjadi semakin rapat,” katanya.

Dalam pada itu, Ashraf berkata dia disahkan pulih sehari sebelum Ramadan namun sekiranya keluar, dia masih tetap perlu menjalani kuarantin di rumah dan akhirnya memilih untuk terus menjalani kuarantin di h0sp1tal.

“Ketika diberitahu saya negatif, saya minta kebenaran pihak h0sp1tal untuk terus berada di wad. Sekiranya saya keluar, saya masih perlu menjalani kuarantin.

“Jadi daripada menjalani kuarantin seorang diri, lebih baik saya terus berada di h0sp1tal kerana saya tahu apabila keluar, saya akan berseorangan mengerjakan solat Tarawih dan ibadah yang lain,” katanya.

Kata Ashraf lagi, dia mendoakan agar semua pes4kit c0v1d-19 segera pulih dan dapat berjumpa ahli keluarga serta peny4kit ini hilang dari muka bumi. Malah, Asharaf turut meluahkan rasa syukur kerana dipilih oleh Allah untuk berdepan ujian tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya