Kerajaan Mukhriz bakal tumbang, Ini luahan hati Tun M

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperoleh bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencukupi, hari ini.

Sumber memaklumkan, dua Adun dari PKR iaitu Adun Lunas, Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dijadual mengadakan satu sidang media di Pusat Khidmat (Dewan Undangan Negeri) DUN Sidam, pada 12 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka bagi mengumumkan keduduk4n mereka di dalam kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia kemudian diikuti sidang media PN pada 3 petang ini, yang dijangka disertai pimpinan PAS dan UMNO Kedah bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Ketika ini, PAS dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi PKR menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.

Jumlah 19 kerusi DUN Kedah itu sudah mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hilang majoriti.

Minggu lalu, PAS Kedah mengumumkan keyakinan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Keyakinan itu bersandarkan semangat kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN, selain kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan ADUN PH ketika ini.

Berikut tulisan terkini Tun M

D4P HANCVR MELAYU

1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya D.AP akan h4ncurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan d4dah, jen4yah-jen4yah tertentu dan r4suah. Dalam penj4ra pun terdapat ramai b4nduan Melayu.

3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh h4ncur mereka?

4. Ya. Dahulu kita dijaj4h oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditaw4n oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

6. Lepas Per4ng Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang per4ng terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar.

8. British ingat mudah untuk ramp4s negeri Melayu seperti mereka ramp4s Palest1in untuk diberi kepada Yahvdi. Percubaan untuk ramp4s negeri Melayu, untuk sebenarnya hancurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kez4liman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

14. Percubaan dibuat oleh penyang4k matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemi1s bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

17. Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyang4k jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat peny4mun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyang4k ini buat. Dari sebuah negara yang dihorm4ti, negara ini menjadi klept0krasi – negara yang diperintah oleh pencvri.

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada D.AP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada D/AP, takut dihancur oleh D/AP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyang4k?

24. Ada yang kata, walaupun penjenay4h, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

27. Saya malu. Amat malu.

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada D.AP sehingga sanggup mengkhi4nati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

29. D4P tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyang4k sebagai pemimpin.

http://chedet.cc/?p=3059

12 Mei 2020

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MV