Selepas Mukhriz tumbang, Ini kata2 padu Bakal MB Kedah

Sanusi: Saya Simpati Pada Mukhriz, Dia Patut Bersama Muhyiddin

Pengarah Pilihan Raya PAS Muhamad Sanusi Md Nor menyuarakan simpatinya terhadap Mukhriz Mahathir kerana dua kali berdepan kehilangan majoriti sokongan Adun sepanjang menjadi menteri besar Kedah.

Sanusi, yang dikatakan antara calon menteri besar baru, berkata Mukhriz tidak akan berdepan perkara itu sekali lagi jika beliau bersama-sama dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Keluar Parti: PKR Akan S4man Dua Adun Kedah RM10 Juta Seorang

Pengerusi PKR Kedah, Johari Abdul berkata parti akan menyaman dua Adun yang keluar parti hari ini sebanyak RM10 juta setiap seorang kerana telah mengkhianati parti dan pengundi.

Menurut Johari, Adun Sidam Robert Ling Kui Ee dan Adun Lunas Azman Nasarudin telah berikrar dan menandatangani dokumen sebelum menjadi calon bahawa mereka akan berhadapan tindakan undang-undang sekiranya keluar parti.

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas memperoleh bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mencukupi, hari ini.

Sumber memaklumkan, dua Adun dari PKR iaitu Adun Lunas, Azman Nasrudin dan Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dijadual mengadakan satu sidang media di Pusat Khidmat (Dewan Undangan Negeri) DUN Sidam, pada 12 tengah hari ini.

Sidang media itu dijangka bagi mengumumkan keduduk4n mereka di dalam kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia kemudian diikuti sidang media PN pada 3 petang ini, yang dijangka disertai pimpinan PAS dan UMNO Kedah bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Ketika ini, PAS dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi PKR menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.

Jumlah 19 kerusi DUN Kedah itu sudah mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hilang majoriti.

Minggu lalu, PAS Kedah mengumumkan keyakinan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Keyakinan itu bersandarkan semangat kerjasama Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang kini memiliki 17 kerusi DUN

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MV