Dikatakan Bukan Orang Melayu, Muzaffar Tunjuk Bukti Dia Memang Berketurunan Melayu

ADIK kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel tampil memohon maaf kepada umum selepas cara penulisan yang dimuat naik di Instagram Stories telah menggur1is hati orang Melayu selain tidak sens1itif.

Kata Muzaffar, kenyataan yang ditulis adalah daripada diri sendiri bukan mewakili syarikat Jakel kerana dia hanya pekerja semata-mata di situ.

“Salam semua maafkan saya. Saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam Instagram Stories posting.

“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan pemegang saham (shareholder) atau pemilik Jakel.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan netizen.

“Maaf zahir batin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mohamed Faroz Mohamed Jakel akui berasa mar4h serta terkesan dengan tindakan tidak wajar oleh adiknya itu.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei bari-bari ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya.

“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam.

“Sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal untuk menghi1na orang Melayu seumpama itu apabila saya sendiri sedar mereka begitu setia menyokong kami selama ini. Malah, mana mungkin kita akan menghi1na secara terbuka.

“Saya berharap masyarakat dapat memaafkan sebarang khilaf yang dilakukan seluruh ahli keluarga dan pekerja saya.

“Saya mungkin agak beremosi dalam hal ini tetapi saya benar-benar kecewa dan sed1h dengan apa yang berlaku,” katanya menerusi sebuah rakaman video di Facebook semalam.

MUZAFFAR JAKEL TUNJUK BUKTI DIA KETURUNAN MELAYU

Adik pengarah urusan Kumpulan Jakel mohon maaf atas keterlanjuran

Kata Muzaffar (kiri), kenyataan yang ditulis adalah daripada diri sendiri bukan mewakili syarikat Jakel kerana dia hanya pekerja di syarikat abangnya Mohamed Faroz (kanan).

Muzaffar Jakel telah memuat naik 1 video penjelasan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook beliau sendiri hari ini. Di dalam video tersebut beliau menerangkan kenapa dia berkata sedemikian sehingga menaikkan amarah orang melayu.

Beliau juga menjelaskan tentang siapa Nor Lizah, menurut beliau wanita bernama Nor Lizah ini tiada kaitan langsung dengan pihak JAKEL mahupun keluarga. Menurut info, Nor Lizah memberitahu bahawa akaun dia sendiri digod4m dan dia sendiri tidak tahu menahu tentang isu ini dan beliau juga mengaku tiada kaitan dengan JAKEL. Pihak Nor Lizah telah membuat laporan p0lis untuk siasatan.

Di dalam video tersebut beliau memohon maaf dan tidak berniat untuk menghi1na orang melayu tetapi ada segelintir yang telah mengapi apikan perkara tersebut.

Beliau adalah melayu dan dalam sijil kelahiran beliau juga tertulis melayu. Bersekolah dari kecil hingga besar dan berkawan dengan orang melayu, masakan dia tergamak untuk mengeji orang melayu yang dia tahu bahawa orang melayu yang menolong perniagaan JAKEL.

Bukti Yang Dimuat Naik

Beliau juga menyeru supaya jangan menghent4m keluarga dia yang lain terutama arw4h ayah dia kerana dia sudah tiada. Dia sanggup terima kec4man tetapi mestilah pada dia sendiri dan bukan pada ahli keluarga lain dan pada perniagaan JAKEL

Jom tengok ..

Respond Netizen

Walaupun bukti telah ditunjuk, video penjelasan telah dibuat netizen seperti tidak mahu memaafkan Muzaffar Jakel dan tetap mahu memboikot JAKEL.

Artikel By: Viddy Media

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/