Harini genaplah 47 hari Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan yang bermula pada 18 Mac 2020 dan hari ini juga merupakan hari terakhir bagi petugas barisan hadapan menjaga rakyat Malaysia agar tidak ingkar dengan usaha kerajaan ini.
Kerajaan telah pun memberi kelonggaran bagi PKP ini dengan bersyarat bagi memulihkan ekonomi negara yang sudah lama tidur oleh disebabkan tidak dapat beroperasi sejak penul4ran wab4k VOVID 29. Maka, bermula lah tanggungjawab rakyat sendiri bagi memastikan jarak antara satu sama lain bagi memutuskan rangkaian penul4ran wab4k ini.
HARI TERAKHIR BERPANAS BERHUJAN
Disebabkan pengumuman bagi sesetengah sector mula beroperasi maka barisan petugas keselamatan seperti PDRM dan juga ATM mula berkurang melakukan sekatan jalan raya. Kebanyakkan sekatan jalan raya telah dibubarkan di bandar bandar seperti Kuala Lumpur dan juga Seremban.

Satu posting yang menyayat hati melalui Facebook Negeri Sembilan Kini menarik perhatian ramai warganet. Foto tersebut merupakan foto hari terakhir mereka menjalankan tugas untuk PKP ini bagi menjaga lalu lintas.
Seperti yang kita tahu pihak PDRM dan ATM berhujan dan berpanas ditengah jalan bagi memastikan rangkaian c0v1d 19 ini dapat diputuskan seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan pusat.
BANYAK SUKA duk4, SEMOGA BERTEMU LAGI
Posting yang dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka itu menunjukkan bahawa dalam mereka komited dengan kerja yang diamanhkan mereka juga menunjukkan minat mereka dalam kerja tersendiri.

Rintih mereka lagi agar segala jasa yang ditaburkan untuk Malaysia ini dapat dikenang dan dijadikan iktibar kepada rakyat agar dapat menjaga jarak sosial walaupun sudah tidak lagi dijaga oleh barisan petugas hadapan.
TERIMA KASIH HERO!
Banyak respond netizen yang menghargai jasa petugas ini dengan ucapan terima kasih dan menggelarkan petugas barisan hadapan sebagai hero bagi seluruh rakyat Malaysia. Tatkala kita sedang enak diulik mimpi dirumah mereka berkampung di tengah jalan bagi memastikan kita semua selamat.

Akhir kata, walaupun kelonggaran telah di umumkan oleh kerajaan, namun, tanggungjawab menjaga jarak dan memastikan diri sendiri selamat adalah tanggungjawab masing masing agar segala usaha selama 47 hari duduk diam dirumah tidaklah seperti mencurah air ke daun keladi.
Sumber : Facebook Negeri Sembilan Kini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Meecks.com